E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

M MANASIK2025 Ipoh , Perak, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 238 Dalam konteks ibadah haji dan umrah, qirāʾāt memainkan peranan yang signifikan kerana sebahagian ayat manāsik mempunyai variasi bacaan yang berimplikasi langsung terhadap kefahaman syariat. Justeru, qirāʾāt tidak sekadar berfungsi sebagai variasi bacaan, t etapi juga menjadi asas penting dalam proses istinbāṭ hukum. Kepelbagaian ini seterusnya mempengaruhi fiqh dan penghayatan ibadah haji serta umrah. Dengan demikian, pengkajian qirāʾāt dalam kerangka manāsik amat signifikan untuk memperlihatkan kesinambungan warisan ilmu klasik dengan realiti amalan umat Islam kontemporari. Oleh itu, kajian ini diusahakan bagi menambah sumbangan kepada kajian qirāʾāt sedia ada dengan memberi tumpuan khusus kepada implikasinya terhadap fiqh dan penghayatan ibadah haji serta umrah. SOROTAN LITERATUR Literatur kajian ini meneliti secara menyeluruh pengenalan ilmu qirāʾāt sebagai salah satu cabang utama dalam ulūm al - Qurʾān, diikuti dengan perbincangan tentang kedudukan qirāʾāt dalam disiplin tafsir yang membuka keluasan makna ayat-ayat al- Qurʾān. Seterusnya, sorotan turut mengupas implikasi qirāʾāt terhadap kefahaman syariat, khususnya berkaitan hukum dan penghayatan ibadah haji serta umrah, yang memperlihatkan bagaimana variasi bacaan al- Qurʾān memberi kesan langsung terhadap perbahasan fiqh dan amalan umat Islam. Pengenalan Ilmu Qirāʾāt Ilmu qirāʾāt merupakan salah satu cabang penting dalam kajian al - Qurʾān yang telah menarik perhatian ulama sejak awal Islam hingga kini. Dari segi bahasa, qirāʾāt ialah jamak bagi qirāʾah yang bermaksud bacaan. Qirāʾah sendiri ialah masdar daripada fiʿil qaraʾa - yaqraʾu, dan orang yang membaca disebut qāriʾ, manakala al- Qurʾān dinamakan demikian kerana ia sesuatu yang dibaca. Dari segi istilah, qirāʾāt ialah ilmu yang membincangkan cara melafazkan kalimah-kalimah al- Qurʾān, sama ada yang disepakati atau yang diperselisihkan, dengan menisbahkan setiap bentuk bacaan kepada imam- imam qirāʾāt (ʿAbd al - Fattāḥ al - Qāḍī 1972). Perbezaan qirāʾāt al - Qurʾān dikaitkan dengan konsep sabʿah aḥruf (tujuh huruf) yang memberi keluasan bacaan bagi memudahkan umat Islam dari pelbagai suku dialek. Variasi ini muncul pada peringkat fonologi dan morfologi yang tetap terikat dengan huruf mushaf dan rasm ʿUthmānī. Mushaf yang diseragamkan pada zaman ʿUthmān ibn ʿAffān r.a. ditulis tanpa titik dan baris sebagai ruang keluasan bacaan yang sah dalam lingkungan aḥruf, manakala periwayatan lisan menjaga keaslian sebutan melalui sanad mutawātir. Ulama membahagikan qirāʾāt kepada dua kategori utama iaitu qirāʾāt mutawātirah dan qirāʾāt shādhdhah. Qirāʾāt mutawātirah ialah bacaan yang diriwayatkan melalui jalur yang ramai sehingga mustahil berlaku pendustaan, di samping menepati tiga syarat iaitu selari dengan kaedah bahasa Arab, bersesuaian dengan rasm mushaf ʿUthmānī, dan memiliki sanad mutawātir. Sebaliknya, qirāʾāt shādhdhah ialah bacaan yang hilang salah satu daripada tiga syarat ini. Ia tidak dianggap sebagai al- Qurʾān dan tidak boleh dibaca da lam solat, namun tetap dipelajari serta dihujahkan dari sudut bahasa dan iʿrāb (al -Qudah, Shukri, & Mansur, 2001) Dari segi sejarah, istilah al- qirāʾāt al - sabʿ mula diperkenalkan oleh Ibn Mujāhid (w. 324H) melalui karyanya Kitāb al - Sabʿah fī al - Qirāʾāt . Beliau mengangkat tujuh imam qirāʾāt utama, iaitu Nāfiʿ, Ibn Kathīr, Abū ʿAmr, Ibn ʿĀmir, ʿĀṣim, Ḥamzah, dan al - Kisāʾī bersama dua perawi masing -masing. Seterusnya, Ibn al- Jazarī (w. 833H) memperluasnya kepada al - qirāʾāt al - ʿashr dengan menambah tiga imam lagi iaitu Abū Jaʿfar, Yaʿqūb, dan Khalaf al - ʿĀshir, melalui karya beliau Ṭahbīr al - Taysīr dan al- Nashr fī al- Qirāʾāt al - ʿAshr . Sebelum Ibn al- Jazarī, bacaan tiga imam ini sebenarnya telah diriwayatkan dan dihimpun oleh Abū Bakr ibn Mihrān (w. 381H) dalam al- Mabsūṭ fī al - Qirāʾāt . (Ismaʿīl, 1999; Ibn Mihrān; 1981) Dalam kalangan ulama, al- qirāʾāt al - sabʿ disepakati mutawātir. Tentang tiga bacaan tambahan, wujud perselisihan tentang statusnya, tetapi jumhūr menerima ia juga mutawātir. Ibn al - Jazarī (n.d.) dalam al- Munjid fī al - Muqriʾīn menegaskan bahawa pada zaman kini tiada lagi qirāʾāt mutawātirah selain al - qirāʾāt

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=