E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 232 2. Kesesakan dan risiko keselamatan akibat pergerakan massa yang padat. 3. Keterbatasan komunikasi masa nyata (real-time) dalam operasi ibadah. Kajian juga menilai strategi inovatif seperti smart fatwa chatbot , geo-tracking GPS, Virtual Hajj dan aplikasi NisaTrack 4.0 sebagai model AI berfokus fiqh. Dapatan utama menunjukkan bahawa integrasi teknologi pintar bukan sahaja meningkatkan pematuhan fiqh tetapi juga memperkukuh keselamatan jemaah, mempercepatkan masa pergerakan, dan menambah baik kepuasan pengguna. Sumbangan terhadap Ilmu dan Amalan Dimensi Keilmuan Dari sudut keilmuan, kajian ini menyumbang kepada pengembangan literatur mengenai transformasi digital ibadah haji dan umrah. Artikel-artikel terdahulu seperti Shah (2024), Jabbari (2023), dan Felemban et al. (2020) menekankan kepentingan AI dalam menguruskan kesesakan dan keselamatan. Kajian ini mengesahkan dapatan mereka sambil memperluas analisis dengan mengaitkan teknologi kepada dimensi fiqh kontemporari, sesuatu yang kurang diberikan penekanan dalam kajian terdahulu. Dimensi Praktikal Dari sudut praktikal, strategi seperti smart fatwa chatbot membuktikan bahawa bimbingan fiqh automatik mampu mengurangkan beban mutawwif dan mempercepatkan respons hukum (Abalkhail & Amri, 2022). Begitu juga dengan penggunaan geo-tracking yang terbukti efektif dalam mengurangkan risiko kesesakan serta memperkukuh pengurusan kecemasan (Jabbari, 2023; Shah, 2024). Dimensi Sosial dan Etika Kajian juga memperlihatkan cabaran etika dan privasi data. Rosele et al. (2022) menekankan bahawa transformasi digital dalam bidang keagamaan mesti selari dengan prinsip syariah dan piawaian keselamatan data antarabangsa. Justeru, implikasi kajian ini adalah keperluan untuk mewujudkan garis panduan etika teknologi ibadah agar inovasi yang dibangunkan kekal inklusif, telus dan berautoriti. Implikasi Kajian Implikasi Teoritis Hasil kajian memperkukuh penggunaan PRISMA-ScR dalam penyelidikan ibadah berskala besar. Kaedah ini terbukti sistematik dalam memetakan isu global, manakala TAM pula relevan untuk menilai sejauhmana teknologi diterima oleh jemaah. Gabungan kedua-dua pendekatan ini menjadi model metodologi yang boleh diaplikasikan pada konteks ibadah lain berskala besar. Implikasi Operasi Dari segi operasi, hasil kajian memberi panduan kepada pihak berautoriti seperti Tabung Haji, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta agensi pelancongan Islam. Data empirikal menunjukkan bahawa penggunaan AI, VR, AR dan IoT boleh meningkatkan kecekapan logistik, mengurangkan risiko keselamatan serta memperkukuh sokongan pendidikan ibadah. Implikasi Global Kajian ini menegaskan bahawa transformasi digital dalam haji dan umrah harus seiring dengan agenda globalisasi ibadah. Ini termasuk keperluan menyesuaikan sistem dengan piawaian antarabangsa seperti General Data Protection Regulation (GDPR), bagi melindungi data sensitif jutaan jemaah yang

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=