E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 231 pengurangan masa menunggu dengan geo-tracking serta pengukuhan keselamatan menggunakan IoT. Kluster Isu Utama dalam Pengurusan Haji & Umrah 1. Kekeliruan Hukum Fiqh i. Ramai jemaah masih keliru tentang bimbingan hukum. ii. Aplikasi seperti Smart Fatwa Chatbot dan NisaTrack 4.0 membantu memberi panduan hukum secara automatik dan sahih. 2. Kesesakan & Risiko Keselamatan i. Isu paling dominan, berkaitan crowd management di kawasan kritikal (tawaf, sa’ie). ii. Teknologi seperti Geo-tracking GPS, Computer Vision, dan Big Data dapat meramal pola kesesakan serta mengurangkan risiko rempuhan. 3. Keterbatasan Komunikasi Segera i. Masih wujud cabaran komunikasi antara pengurusan, mutawwif dan jemaah. ii. Media sosial (WhatsApp, Telegram) meningkatkan capaian maklumat tetapi ada risiko penularan info salah. iii. Solusi baharu: AI real-time messaging dengan penapisan automatik maklumat Implikasi Global Analisis menunjukkan bahawa integrasi AI dalam pengurusan haji dan umrah berpotensi menyokong agenda transformasi digital berskala global. Tiga implikasi besar dikenal pasti: 1. Keselamatan jemaah dipertingkatkan melalui sistem ramalan berasaskan data. 2. Kefahaman fiqh lebih kontekstual melalui aplikasi pintar yang interaktif. 3. Pematuhan piawaian antarabangsa seperti GDPR diperlukan untuk menjamin keselamatan data peribadi jemaah. Rumusan Analisis Analisis dan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa integrasi AI, VR dan IoT dalam pengurusan haji dan umrah telah memberi impak positif yang nyata terhadap pematuhan hukum, keselamatan, dan pengalaman ibadah. Walaupun terdapat cabaran dari segi komunikasi, etika, dan privasi data, strategi inovatif seperti smart fatwa chatbot , geo-tracking GPS dan aplikasi khusus seperti NisaTrack 4.0 terbukti mampu menambah baik sistem sedia ada. Secara keseluruhan dapatan ini menyokong abstrak bahawa kerangka integrasi teknologi pintar perlu dibangunkan secara menyeluruh bagi menjamin ibadah yang selamat, sahih, dan inklusif pada masa hadapan. PENUTUP Kajian ini telah membuktikan bahawa integrasi teknologi dan kecerdasan buatan (AI) dalam pengurusan ibadah haji dan umrah semakin menjadi keperluan global. Dengan melibatkan sekitar dua juta jemaah setiap musim, ibadah ini merupakan antara perhimpunan manusia paling kompleks di dunia. Melalui analisis sistematik berasaskan PRISMA-ScR, sebanyak 112 artikel telah dikenal pasti, dan selepas penapisan hanya 50 artikel dianalisis secara mendalam. Analisis tematik berpaksikan Technology Acceptance Model (TAM) telah mengenal pasti tiga kluster isu utama: 1. Kekeliruan hukum fiqh dalam kalangan jemaah yang memerlukan bimbingan segera.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=