E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 230 serta memberi kepuasan pengguna berbanding aplikasi umum konvensional. NisaTrack 4.0 menutup jurang bimbingan syariah dengan menyediakan chatbot fatwa pintar berasaskan pemprosesan bahasa semula jadi (NLP), antaramuka mesra pengguna, serta integrasi bimbingan lapangan bersama mutawwif. Kajian lapangan melibatkan 300 jemaah di bawah Pengelola Jemaah Haji (PJH) mendapati aplikasi ini dapat meningkatkan keyakinan pematuhan hukum, mengurangkan masa menunggu pengesahan fatwa, dan mengurangkan beban petugas agama dalam menjawab soalan berulang. Dari perspektif Technology Acceptance Model (TAM) , NisaTrack 4.0 menunjukkan tahap perceived usefulness (PU) dan perceived ease of use (PEOU) yang tinggi, selari dengan kajian penerimaan teknologi ibadah terdahulu (Mansyur & Hudaya, 2023). Dapatan ini mengesahkan pandangan Shah (2024) bahawa integrasi AI mampu memperkukuh keselamatan dan kefahaman ibadah melalui sistem pintar, di samping menyokong hujah Abalkhail dan Amri (2022) bahawa chatbot fatwa automatik mengurangkan tekanan pengurusan lapangan. NisaTrack 4.0 membuktikan potensi inovasi tempatan sebagai model global dalam transformasi digital haji dan umrah. Dapatan Empirik 1. Pematuhan Fiqh Aplikasi berasaskan AI seperti chatbot meningkatkan tahap pematuhan fiqh dalam kalangan jemaah. Dapatan ini selari dengan Rosele et al. (2022) yang menegaskan bahawa digitalisasi sistem keagamaan meningkatkan ketelusan dan kesahihan maklumat. 2. Kepuasan Pengguna Jemaah yang menggunakan aplikasi digital bersepadu melaporkan pengalaman ibadah yang lebih lancar. Hazieq et al. (2024) mendapati bahawa penggunaan media sosial untuk komunikasi meningkatkan kepuasan, namun perlu dipantau dari segi kesahihan kandungan. 3. Pengurangan Masa Menunggu Sistem geo-tracking dan analitik AI mempercepatkan proses pergerakan jemaah, mengurangkan masa menunggu, serta meminimumkan risiko kesesakan. Hal ini seiring dengan dapatan Felemban et al. (2020) mengenai keberkesanan real-time crowd management . 4. Pengukuhan Keselamatan Jemaah Integrasi IoT dengan AI membolehkan pemantauan kesihatan individu jemaah, termasuk kadar degupan jantung dan keletihan. Shambour & Gutub (2021) membuktikan bahawa IoT menyumbang kepada pengurangan risiko kesihatan kritikal semasa musim haji. Rajah 9. Peranan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam meningkatkan pengalaman jemaah Haji. Sumber: Reka bentuk penulis (2025) Rajah 9 menunjukkan peranan aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalammeningkatkan pengalaman jemaah Haji, merangkumi pematuhan fiqh melalui chatbot, kepuasan pengguna dengan aplikasi digital,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=