E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 229 wanita yang sebelum ini jarang diangkat dalam sistem digital. Kesesakan dan Risiko Keselamatan Kesesakan dan risiko keselamatan merupakan isu yang paling dominan dalam literatur. Shah (2024) menunjukkan bahawa penggunaan computer vision dan analitik data besar membantu meramalkan pola kesesakan di kawasan kritikal seperti tawaf dan sa’ie. Jabbari (2023) pula membuktikan keberkesanan machine learning dalam menganalisis pergerakan jemaah secara masa nyata untuk mengelakkan rempuhan besar-besaran. Dapatan menunjukkan bahawa dengan penggunaan geo-tracking berasaskan GPS, pergerakan jemaah dapat dipantau lebih sistematik. Sistem ini bukan sahaja mengurangkan risiko kehilangan ahli kumpulan, malah mempercepatkan tindakan kecemasan. Kajian Felemban et al. (2020) menekankan bahawa revolusi digital dalam crowd management mampu mengurangkan kadar kecederaan dan kematian jika diintegrasikan sepenuhnya ke dalam operasi rasmi. Keterbatasan Komunikasi Segera Komunikasi segera antara pihak pengurusan, mutawwif, dan jemaah masih menjadi cabaran. Kajian Hazieq et al. (2024) dan Ayyasy et al. (2024) membuktikan bahawa media sosial seperti WhatsApp, Telegram, dan aplikasi khas jemaah telah meningkatkan keberkesanan komunikasi namun terdapat risiko penularan maklumat salah yang boleh mengundang kekeliruan. Dalam hal ini, penggunaan aplikasi AI berasaskan real-time messaging dengan penapisan automatik maklumat berpotensi menjadi strategi penting. Sebagai contoh, aplikasi yang menggunakan natural language processing (NLP) boleh menyaring kandungan dan hanya menyebarkan maklumat yang disahkan oleh pihak berautoriti seperti Tabung Haji. Strategi Inovatif Smart Fatwa Chatbot Penggunaan chatbot berasaskan AI bagi panduan fiqh automatik telah mendapat perhatian dalam beberapa kajian. Abalkhail & Amri (2022) mendapati bahawa chatbot dapat mengurangkan tekanan mutawwif dalam memberi penerangan berulang kali kepada jemaah, sekali gus meningkatkan keberkesanan bimbingan lapangan. Geo-Tracking Berasaskan GPS Geo-tracking digunakan untuk pemantauan pergerakan jemaah dan mengenal pasti kawasan berisiko sesak. Shah (2024) dan Jabbari (2023) menunjukkan bahawa integrasi AI dengan GPS dapat menghasilkan amaran awal bagi mengelakkan tragedi rempuhan. Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR) Abidin et al. (2022) membangunkan Virtual Hajj sebagai medium pendidikan ibadah. Kajian menunjukkan bahawa VR bukan sahaja meningkatkan kefahaman jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci, tetapi juga mengurangkan kesilapan dalam pelaksanaan ibadah. Aplikasi Khusus: NisaTrack 4.0 Sebuah model AI yang memberi panduan fiqh darah wanita, NisaTrack 4.0 (Nor Kartina, Haslina 2025) menjadi contoh bagaimana integrasi aplikasi berfokus boleh memberi nilai tambah. Analisis literatur menunjukkan bahawa aplikasi sebegini meningkatkan pematuhan hukum, mengurangkan kekeliruan,
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=