E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 228 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Pengenalan Analisis Analisis data dalam kajian ini dijalankan berasaskan 50 artikel yang dipilih melalui prosedur PRISMA- ScR. Analisis tematik telah mengenal pasti tiga kluster isu utama yang konsisten dengan abstrak, iaitu: 1. Kekeliruan hukum fiqh dalam bimbingan ibadah. 2. Kesesakan dan risiko keselamatan jemaah. 3. Keterbatasan komunikasi segera ( real-time ) dalam operasi ibadah. Selain itu, dapatan turut memperlihatkan bahawa strategi inovatif yang dibangunkan dalam literatur, seperti smart fatwa chatbot , geo-tracking berasaskan GPS serta aplikasi interaktif seperti Virtual Hajj dan NisaTrack 4.0, memberikan impak positif terhadap keberkesanan pengurusan haji dan umrah. Rajah 8. Rajah cabaran utama dalam ibadah Haji yang melibatkan kesesakan yang meningkatkan risiko keselamatan Jemaah dan keterbatasan komunikasi. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Rajah 8 menunjukkan cabaran utama dalam ibadah Haji yang melibatkan kesesakan yang meningkatkan risiko keselamatan jemaah, serta keterbatasan komunikasi akibat ketiadaan kemas kini masa nyata. Kluster Isu Utama Kekeliruan Hukum Fiqh Isu kekeliruan hukum fiqh muncul sebagai salah satu cabaran terbesar. Walaupun jemaah dapat memanfaatkan aplikasi digital untuk maklumat logistik, dimensi bimbingan hukum masih kurang diberikan perhatian. Man et al. (2024) menekankan kepentingan prinsip istiṭāʿah dalam sistem penggiliran haji Malaysia, namun dapatan menunjukkan bahawa sebahagian jemaah masih keliru tentang keabsahan ibadah apabila menggunakan sistem berasaskan teknologi. Dalam konteks ini, integrasi smart fatwa chatbot yang beroperasi dengan algoritma AI membolehkan jemaah mendapatkan panduan hukum secara automatik dan segera. Kajian Abalkhail & Amri (2022) membuktikan bahawa penggunaan AI dalam bimbingan keagamaan meningkatkan tahap keyakinan jemaah kerana maklumat disampaikan dalam bentuk sahih dan pantas. Aplikasi seperti NisaTrack 4.0 juga menunjukkan keberkesanan dalam menyelesaikan isu khusus, misalnya berkaitan hukum darah Cabaran Ibadah Haji eterbatasan omunikasi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=