E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 224 Prosedur ini selari dengan kaedah yang digunakan oleh Ayyasy et al. (2024), iaitu proses pengasingan artikel mengikut tema pendidikan, komunikasi, dan risiko pengurusan ibadah. Rajah 4. Proses pemilihan artikel untuk analisis integrasi teknologi, merangkumi empat peringkat utama. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Rajah 4 menunjukkan proses pemilihan artikel untuk analisis integrasi teknologi, merangkumi empat peringkat utama iaitu pengenalpastian (112 artikel), penapisan (78 artikel), kelayakan (50 artikel), dan kemasukan (50 artikel) yang dianalisis dalam kajian. Pendekatan PRISMA-ScR (ulasan sistematik, langkah-langkah: kenal pasti artikel relevan, saring, strukturkan penemuan, kenal pasti jurang kajian). Kerangka Technology Acceptance Model (TAM) (menilai penerimaan pengguna berdasarkan Perceived Usefulness & Perceived Ease of Use ). Tujuan akhir: menganalisis integrasi AI, VR, AR & Big Data dalam pengurusan haji & umrah untuk aspek kawalan kesesakan, keselamatan jemaah, dan pendidikan ibadah. Kaedah Analisis Data Analisis dilakukan menggunakan dua pendekatan utama: 1. Analisis Tematik Artikel dikategorikan mengikut kluster tema berikut: i. Fiqh kontemporari dan bimbingan ibadah (contoh: smart fatwa chatbot , NisaTrack 4.0). ii. Keselamatan dan kawalan kesesakan (contoh: AI untuk analisis pergerakan, Jabbari 2023). iii. Komunikasi masa nyata (contoh: penggunaan media sosial untuk maklumat kecemasan, Hazieq et al., 2024). iv. Pendidikan dan persediaan ibadah (contoh: Virtual Hajj oleh Abidin et al., 2022). v. Pengurusan risiko dan kesihatan awam (contoh: penggunaan IoT dalam pemantauan jemaah, Shambour & Gutub, 2021). 2. Pemetaan Bibliometrik Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti pola penyelidikan, jurnal utama, dan pengarang Pemilihan Artikel untuk Analisis Integrasi Teknologi 112 Diidentifikasi Artikel yang diidentifikasi dalam basis data 78 Penyaringan Artikel yang tersisa setelah penyaringan 50 Kelayakan Artikel yang tersisa setelah kelayakan 50 Kemasukan Artikel yang dipilih untuk dianalisis

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=