E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 223 Rajah 3. Gambaran artikel jurnal (IEEE Access, Journal of Hajj, Journal Bridge, Journal Fiqh, Journal Arab), prosiding (ICCUBEA) serta laporan teknikal dan kajian tempatan. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Rajah 3 adalah gambarajah keseluruhan sumber data yang digunakan dalam kajian, merangkumi artikel jurnal (IEEE Access, Journal of Hajj, Journal Bridge, Journal Fiqh, Journal Arab), prosiding (ICCUBEA), serta laporan teknikal dan kajian tempatan. Rajah ini menunjukkan pelbagai jenis sumber yang menyumbang kepada analisis sistematik. Kriteria Inklusi dan Eksklusi Kriteria inklusi: 1. Artikel diterbitkan antara 2019 – 2025. 2. Artikel menfokuskan kepada integrasi teknologi pintar dalam pengurusan haji atau umrah. 3. Kajian yang menilai aspek logistik, keselamatan, kesihatan, bimbingan fiqh atau pendidikan ibadah. 4. Artikel dalam bahasa Inggeris, Melayu atau Arab. Kriteria eksklusi: Artikel sebelum tahun 2019 (kecuali kajian asas seperti Yamin, 2015 sebagai rujukan konteks). 1. Artikel berbentuk editorial, ulasan umum tanpa data empirikal, atau laporan bukan akademik. 2. Kajian berkaitan ibadah haji dan umrah tanpa integrasi teknologi. Selepas proses penyaringan 50 artikel dipilih untuk dianalisis secara mendalam. Prosedur PRISMA-ScR Proses penyaringan dilaksanakan melalui empat peringkat PRISMA-ScR: 1. Identifikasi : 112 artikel dikenal pasti melalui pangkalan data. 2. Saringan : 34 artikel ditolak kerana tidak relevan dengan integrasi teknologi. 3. Kelayakan : 28 artikel dikecualikan kerana berbentuk laporan ringkas atau tiada metodologi jelas. 4. Kemasukan : 50 artikel akhir dipilih untuk dianalisis.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=