E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 222 Selain itu, analisis ini turut berpaksikan kerangka Technology Acceptance Model (TAM) bagi menilai tahap penerimaan pengguna terhadap inovasi teknologi. TAM dipilih kerana ia menekankan dua konstruk utama, iaitu perceived usefulness (PU) dan perceived ease of use (PEOU) yang telah digunakan secara meluas untuk menilai penerimaan aplikasi AI dan teknologi pintar dalam konteks keagamaan dan logistik (Mansyur & Hudaya, 2023). Sumber Data Sumber data diperoleh daripada pangkalan data utama yang digunakan dalam platform SciSpace, termasuk: ● IEEE Access (Shah, 2024; Felemban et al., 2020) ● Prosiding ICCUBEA (Jabbari, 2023) ● Maslahah Journal (Ayyasy et al., 2024) ● Bridge Journal (Hazieq et al., 2024) ● Jurnal Fiqh (Man et al., 2024) ● Applied Computational Intelligence (Binsawad & Albahar, 2022) ● Arabian Journal for Science and Engineering (Shambour & Gutub, 2021) Tempoh kajian ditetapkan antara 2019 – 2025 agar selari dengan fokus kepada inovasi pasca-pandemik dan perkembangan transformasi digital semasa. Strategi Carian Carian literatur dilaksanakan dengan menggunakan kata kunci yang dirangka secara sistematik, antaranya: ● “Hajj And Umrah And Artificial Intelligence” ● “Hajj And Umrah And Virtual Reality Or Augmented Reality” ● “Crowd Management And Machine Learning” ● “Smart Fatwa Chatbot And Fiqh” ● “Big Data Analytics And Pilgrimage” Hasil carian awal menemukan 112 artikel. Strategi carian ini mencontohi pendekatan yang digunakan oleh Jabbari (2023), yang menggabungkan machine learning dan data besar untuk menilai pola pergerakan jemaah.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=