E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 221 perlu diberi perhatian, antaranya kajian integratif yang menyeluruh antara aspek fiqh, logistik, pendidikan, kesihatan serta etika teknologi. Ulasan sistematik ini seterusnya akan menilai dapatan kajian-kajian tersebut melalui analisis tematik berasaskan PRISMA-ScR. Penekanan akan diberikan kepada kluster isu kritikal yang dikenal pasti, termasuk fiqh kontemporari, keselamatan jemaah, dan komunikasi masa nyata sebelum merumuskan strategi inovatif serta implikasi global. Rajah 2. Gambaran jambatan yang melambangkan integrasi etika, privasi dan sokongan dalam penerapan teknologi Haji dan Umrah. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Rajah 2 menunjukkan gambaran jambatan yang melambangkan integrasi etika, privasi dan sokongan dalam penerapan teknologi Haji dan Umrah. Rajah ini menunjukkan bagaimana isu etika dan penerimaan teknologi dapat diseimbangkan untuk mencapai pengurusan Haji dan Umrah yang lebih baik, tersusun dan inklusif. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini mengaplikasikan reka bentuk ulasan sistematik berasaskan protokol Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses – Scoping Review ( PRISMA-ScR ). Pemilihan pendekatan ini didorong oleh keperluan untuk meneliti secara menyeluruh literatur mengenai integrasi teknologi kecerdasan buatan (AI), realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR) serta analitik data besar dalam pengurusan haji dan umrah. Menurut Shah (2024), integrasi teknologi tersebut telah memperlihatkan keberkesanan dalam kawalan kesesakan, keselamatan jemaah dan pendidikan ibadah, namun kajian terdahulu sering meneliti aspek ini secara terpisah. Justeru itu pendekatan PRISMA-ScR dipilih kerana ia membolehkan pengkaji: 1. Mengenal pasti jumlah artikel yang relevan. 2. Menyaring artikel mengikut kriteria inklusi dan eksklusi. 3. Menstrukturkan penemuan mengikut tema. 4. Mengenal pasti jurang kajian secara sistematik.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=