E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 220 Integrasi IoT, Big Data dan Sistem Pintar Peranan Internet of Things (IoT) semakin menonjol dalam literatur haji dan umrah. Shambour dan Gutub (2021) menghuraikan bahawa IoT berfungsi sebagai tulang belakang sistem pintar yang membolehkan pengumpulan dan analisis data secara bersepadu. Hal ini termasuk penggunaan sensor pintar dalam pemantauan kesihatan jemaah, pergerakan massa dan ramalan cuaca ekstrem. Selain itu, kajian Binsawad dan Albahar (2022) menekankan penggunaan aplikasi IoT dalam umrah dan haji sebagai asas bagi pembangunan sistem pintar masa depan. Data yang dikumpul melalui IoT dapat digabungkan dengan analitik AI untuk menghasilkan ramalan kesesakan serta respons automatik terhadap situasi kecemasan. . Integrasi teknologi dalam pengurusan Haji melalui empat komponen utama iaitu integrasi AI, aplikasi digital, teknologi maya dan integrasi IoT. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Rajah 1 menunjukkan Integrasi teknologi dalam pengurusan Haji melalui empat komponen utama iaitu integrasi AI, aplikasi digital, teknologi maya dan integrasi IoT. Ini menunjukkan peralihan daripada pengurusan Haji tradisional yang berdepan cabaran logistik dan keselamatan kepada pengurusan Haji pintar yang lebih teratur dan selamat. Sumber: Reka bentuk penulis (2025). Cabaran Etika, Privasi Data dan Kebolehterimaan Teknologi Literatur hari ini banyak menggariskan manfaat teknologi serta terdapat juga cabaran besar yang masih belum terungkai. Isu etika dan privasi menjadi keprihatinan utama, terutama berkaitan dengan pematuhan piawaian antarabangsa seperti General Data Protection Regulation (GDPR) . Rosele et al. (2022) menekankan bahawa pengurusan zakat digital di Malaysia boleh dijadikan model bagaimana aspek syariah dan keselamatan data disepadukan. Hal ini relevan untuk pengurusan haji kerana data jemaah yang sangat sensitif perlu dilindungi daripada penyalahgunaan. Tambahan lagi, faktor kebolehterimaan teknologi ( Technology Acceptance Model, TAM ) menjadi tumpuan beberapa kajian. Mansyur dan Hudaya (2023) melalui pemetaan bibliometrik menegaskan bahawa tahap penerimaan pengguna sangat dipengaruhi oleh faktor kepercayaan, kemudahan penggunaan dan sokongan institusi agama. Tanpa sokongan bersepadu daripada kerajaan, badan fatwa dan agensi pelaksana, inovasi teknologi akan sukar mencapai tahap optimum dalam konteks ibadah. Secara keseluruhan, literatur terkini menunjukkan bahawa integrasi teknologi dan AI telah memberikan sumbangan signifikan dalam pengurusan ibadah haji dan umrah. Kajian telah membuktikan keberkesanan sistem pintar dalam mencegah tragedi, mempercepat komunikasi, meningkatkan pendidikan ibadah serta memperkukuh keselamatan data. Namun, wujud jurang penyelidikan yang i l ss lo is i
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=