E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 218 Baharu yang dinamakan sebuah system kecerdasan buatan (AI) sebagai salah satu instrumen strategik dalam memperkukuh keselamatan dan kualiti pengalaman jemaah. Kajian-kajian terdahulu mendapati bahawa penggunaan teknologi komunikasi tanpa wayar, penglihatan komputer serta analitik data besar telah membuka ruang baharu dalam menguruskan pergerakan jemaah berskala mega (Felemban et al., 2020). Revolusi digital ini telah mendorong penciptaan sistem pintar seperti real-time tracking , aplikasi mudah alih interaktif serta platform berbasis AI yang membolehkan ramalan kesesakan dan penyediaan maklumat segera (Hazieq et al., 2024). Namun begitu, seperti dihuraikan oleh Yamin (2015), kelewatan adaptasi teknologi, jurang akses digital, serta kebimbangan etika masih membelenggu keberkesanan pelaksanaan teknologi dalam konteks haji dan umrah. Integrasi teknologi dan AI dalam pengurusan ibadah haji dan umrah tidak hanya bersifat logistik semata- mata, bahkan menyentuh aspek ibadah, fiqh dan pengalaman rohaniah. Jabbari (2023) menegaskan bahawa penggunaan machine learning dalam menganalisis pergerakan jemaah berupaya mencegah tragedi rempuhan ( stampede ) melalui pengelasan data masa yang nyata. Keupayaan ini sekaligus mengurangkan risiko kehilangan nyawa dan memperkukuh keselamatan berjuta-juta umat Islam Integrasi teknologi turut memperluas horizon pendidikan ibadah. Inovasi seperti Virtual Hajj dan aplikasi berasaskan realiti maya (VR) membolehkan jemaah mempelajari tatacara haji secara interaktif sebelummenunaikan ibadah yang sebenar (Abidin et al., 2022). Dalam konteks Malaysia, analisis Man, Jaafar dan Musa (2024) mengenai sistem penggiliran haji memperlihatkan bagaimana instrumen teknologi dapat membantu memastikan prinsip fiqh istiṭāʿah dipatuhi dengan lebih sistematik, adil dan telus. Hal ini penting bagi memastikan ibadah kekal sahih, sementara pengurusan jemaah lebih tersusun Pelbagai aplikasi digital dan sistem pintar telah diperkenalkan, kebanyakan penyelidikan terdahulu masih menilai aspek tertentu secara terpisah seperti logistik, kesihatan, atau keselamatan. Kajian komprehensif yang menyatukan dimensi fiqh, pendidikan, kesihatan awam, keselamatan data dan analitik ramalan masih lagi terhad. Seperti yang dihuraikan oleh Ayyad (2022), peranan e-pengurusan dalam meningkatkan keberkesanan kawalan kesesakan belum dikaji secara mendalam dalam konteks integrasi AI menyeluruh. Malah, isu kebocoran maklumat dan risiko algoritma berat sebelah (bias) juga masih kurang diteliti dalam literatur yang sedia ada. Aplikasi media sosial semakin banyak digunakan untuk komunikasi masa nyata, Hazieq et al. (2024) memberi amaran tentang risiko penyebaran maklumat salah yang boleh menjejaskan kelancaran pengurusan. Justeru, jurang penyelidikan wujud pada titik keseimbangan antara keberkesanan teknologi dan kesahihan maklumat serta bimbingan fiqh berautoriti. Objektif Kajian Berdasarkan latar belakang dan jurang kajian tersebut, objektif ulasan sistematik ini adalah seperti berikut: 1. Menganalisis perkembangan teknologi dan AI terkini yang diaplikasikan dalam pengurusan haji dan umrah dari tahun 2019 hingga 2025. 2. Mengenal pasti isu-isu kritikal yang muncul hasil integrasi teknologi ini, termasuk cabaran keselamatan, kesesakan, bimbingan fiqh, dan kebimbangan etika. Menilai strategi inovatif seperti penggunaan chatbot fatwa pintar , sistem geo-tracking berasaskan GPS serta aplikasi VR/AR sebagai instrumen sokongan pengurusan. 3. Merumuskan implikasi global integrasi teknologi terhadap transformasi digital haji dan umrah, dengan tumpuan kepada kebolehlaksanaan dalam konteks Malaysia serta kesepadanan dengan piawaian antarabangsa seperti General Data Protection Regulation (GDPR).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=