E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 217 INTEGRASI TEKNOLOGI DAN AI DALAM PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH: SATU ULASAN SISTEMATIK 1 Nor Kartina Tawang, 2 Siti Norhana Abu Hamis, 3 Nur Fadzlina Abdullah@Abdul Aziz, 4 Norshila Jamal, 5 Wan Haslina Wan Hassan IPG, Kampus Pendidikan Islam, Selangor; 2 IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor; 3 Bahagian Tajaan, KPM; 4 PEKTA, Tabung Haji; 5 IPG Kampus Pendidikan Islam, Selangor Emel: nor.kartina@ipgkpi.edu.my ABSTRAK Setiap musim ibadah haji dan umrah menghimpunkan hampir 2 juta jemaah menjadikannya salah satu ibadah Islam terbesar dan paling kompleks peringkat antarabangsa. Cabaran utama meliputi logistik, keselamatan dan bimbingan fiqh kontemporari yang memerlukan maklum balas segera. Walaupun pelbagai aplikasi digital telah diperkenalkan, kebanyakan kajian terdahulu menilai aspek logistik, penempatan, kawalan kesesakan dan kesihatan secara terpisah, tanpa integrasi menyeluruh teknologi kecerdasan buatan ( Artificial Intelligence, AI ), Virtual Reality (VR), Augmented Reality (AR) serta analitik data besar. Kajian ini memetakan literatur terkini dengan menggunakan PRISMA-ScR untuk mengenal pasti isu, strategi dan implikasi integrasi teknologi pintar dalam pengurusan haji dan umrah. Carian sistematik telah mengenal pasti 112 artikel daripada pangkalan data utama (2019 – 2025). Selepas penyingkiran pendua dan penapisan tajuk, 50 artikel dipilih untuk dianalisis secara mendalam. Analisis tematik berpaksikan Technology Acceptance Model (TAM) mengenal pasti tiga kluster isu utama: kekeliruan hukum fiqh, kesesakan dan risiko keselamatan serta keterbatasan komunikasi segera ( real- time ). Strategi inovatif yang dianalisis termasuk smart fatwa chatbot bagi panduan fiqh automatik dan geo-tracking berasaskan Global Positioning System (GPS) untuk pemantauan pergerakan jemaah. Kajian ini turut melibatkan 300 jemaah Pengelola Jemaah Haji (PJH) sebagai sampel lapangan bagi mengesahkan keberkesanan aplikasi pintar NisaTrack 4.0 sebagai model AI yang memberi panduan fiqh darah wanita secara interaktif diintegrasikan dengan sistem bimbingan lapangan. Dapatan menunjukkan peningkatan pematuhan fiqh dalam ibadah, kepuasan pengguna dan pengurangan masa menunggu berbanding sistem digital konvensional. Implikasi kajian menegaskan potensi kerangka integrasi AI berupaya memperkukuh keselamatan jemaah, meningkatkan kefahaman fiqh secara kontekstual dan menyokong agenda transformasi digital haji lebih global. Cadangan kajian masa depan seperti pembangunan platform pintar bersepadu dengan big data analytics , ramalan kesesakan berasaskan AI, kawalan bias algoritma serta pematuhan piawaian keselamatan data antarabangsa seperti General Data Protection Regulation (GDPR) perlu dibangunkan bagi menjamin penyempurnaan rukun ibadah yang selamat, inklusif dan sahih. Katakunci: Kecerdasan Buatan, Realiti Maya, Pendigitalan Haji, Sistem Pengurusan Jemaah, Chatbot Fatwa Pintar PENDAHULUAN Ibadah haji dan umrah merupakan manifestasi agung spiritual umat Islam yang menghimpunkan jutaan manusia daripada pelbagai bangsa, bahasa, dan budaya di Tanah Suci. Menurut Shah (2024), skala perhimpunan ini menjadikan ibadah haji dan umrah sebagai antara acara keagamaan terbesar di dunia yang memerlukan sistem pengurusan moden, cekap dan responsif terhadap cabaran semasa. Cabaran utama melibatkan kesesakan luar biasa, risiko keselamatan, pengurusan kesihatan awam serta keperluan bimbingan fiqh kontemporari yang tuntas. Keadaan ini menuntut penggunaan teknologi
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=