E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 213 TH Tijari . Ringkasan Dapatan Secara keseluruhan, dapatan kajian ini boleh dirumuskan seperti berikut: 1. Sabar sebagai mekanisme emosi membantu jemaah menghadapi kepenatan, kesesakan dan cabaran peraturan. 2. Sabar sebagai profesionalisme petugas meningkatkan toleransi, empati dan keikhlasan dalam berkhidmat. 3. Sabar sebagai maqam tasawuf mendidik jiwa ke arah redha, tawakkal dan istiqamah. 4. Sabar sebagai instrumen sosial menyatukan jemaah, mengurangkan konflik dan memperkukuh ukhuwah. Keempat-empat tema ini membuktikan bahawa sabar adalah nilai integratif yang merentasi dimensi individu, organisasi dan kerohanian dalam ibadah haji. PERBINCANGAN Perbincangan ini menegaskan bahawa sabar bukan sahaja sifat akhlak individu, tetapi nilai integratif yang merentasi dimensi spiritual, sosial, profesional dan organisasi dalam konteks ibadah haji. Hasil dapatan yang memfokuskan kepada empat tema utama iaitu sabar sebagai mekanisme emosi, profesionalisme petugas, maqam tasawuf, dan instrumen sosial, memperlihatkan kepelbagaian peranan sabar dalam membentuk pengurusan haji yang harmoni. Perspektif Tasawuf: Sabar sebagai Asas Kerohanian Dalam kerangka tasawuf, sabar adalah maqam penting yang membawa seorang Muslim kepada redha, tawakkal, qana‘ah dan mahabbah kepada Allah SWT. Haji merupakan medan tarbiah yang melatih sabar secara praktikal melalui kepenatan fizikal, cabaran kesesakan, kerenah sesama jemaah dan ujian birokrasi. Seperti ditegaskan oleh al-Ghazali (2000), sabar adalah separuh daripada iman, manakala Ibn Qayyim al- Jawziyyah (1997) menekankan bahawa sabar adalah pintu kepada maqam redha. Firman Allah SWT dalam Surah az-Zumar (39:10): ٍإِنمَا يُوَفى ٱلصـَبِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَاب “Sesungguhnya hanya orang yang bersabarlah diberikan pahala mereka tanpa batas.” Ayat ini menunjukkan bahawa sabar mempunyai nilai rohani yang tiada bandingan. Dalam konteks haji, ia menjadikan sabar bukan sahaja strategi pengurusan emosi, tetapi juga perjalanan tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) ke arah maqasid syariah yang lebih tinggi. Perspektif Pendidikan: Latihan Sabar melalui Kursus Manasik Hasil kajian turut menunjukkan bahawa sabar perlu diterapkan melalui pendidikan sistematik dalam kursus manasik. Pendidikan yang baik mampu mengurangkan kekeliruan jemaah, meningkatkan disiplin, dan mengukuhkan kesedaran tentang keperluan sabar dalam haji. Kajian Ahmad dan Mokhtar (2019) mendapati bahawa latihan praktikal sebelum berangkat ke Tanah Suci memberi kesan positif dalam mengawal emosi jemaah. Kursus manasik bukan sahaja perlu menjelaskan rukun dan wajib haji, tetapi juga mendidik nilai akhlak seperti sabar, tawakkal dan redha. Dengan itu, jemaah akan lebih bersedia dari segi mental, emosi dan spiritual.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=