E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 212 organisasi dan kerohanian dalam pengurusan haji. Sabar sebagai Mekanisme Ketahanan Emosi Jemaah. Dapatan menunjukkan bahawa jemaah berdepan dengan kepenatan akibat perjalanan jauh, cuaca panas terik, kesesakan di tempat ibadah, serta tekanan psikologi kerana peraturan yang ketat. Dalam keadaan ini, sabar menjadi mekanisme penting untuk mengawal marah, mengelakkan konflik, serta mengekalkan fokus pada ibadah. Firman Allah SWT: ِوَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلا بِالِلّ “Dan bersabarlah, dan tiadalah kesabaranmu itu melainkan dengan pertolongan Allah.” (al-Nahl, 16:127). Kajian Salleh (2015) membuktikan bahawa sabar merupakan faktor utama dalam mengurangkan tekanan psikologi jemaah sepanjang musim haji. Seorang jemaah dalam kajian beliau menyatakan: “Apabila terasa marah kerana ditolak dalam kesesakan, saya cuba ingat bahawa ini semua ujian Allah. Kalau saya sabar, ibadah saya lebih bermakna.” Ini menunjukkan sabar bukan sahaja mengawal emosi, tetapi juga menambah nilai spiritual kepada ibadah. Sabar sebagai Asas Profesionalisme Petugas Haji. Petugas haji berdepan dengan pelbagai cabaran dalam melayani kerenah jemaah daripada pelbagai latar umur, tahap kesihatan, dan tahap pendidikan. Dalam keadaan ini, sabar menjadi asas profesionalisme. Hassan dan Ghani (2022) mendapati bahawa petugas yang mempunyai ketahanan spiritual lebih berupaya mengawal tekanan kerja, mengekalkan fokus serta melayani jemaah dengan sabar dan berhemah. Petugas yang ditemu bual dalam kajian Osman (2018) menyatakan: “Ada jemaah yang enggan mengikuti jadual kumpulan kerana mahu melakukan ibadah sendiri. Hal ini menyebabkan kelewatan pergerakan bas, namun kami perlu banyak bersabar dan menasihati mereka dengan hikmah.” Hal ini menunjukkan bahawa sabar bukan sahaja nilai akhlak individu, tetapi juga kompetensi profesional dalam pengurusan haji. Sabar sebagai Maqam Tasawuf. Dapatan juga memperlihatkan bahawa sabar merupakan maqam kerohanian yang melatih hati untuk mencapai redha, tawakkal, qana‘ah dan mahabbah kepada Allah SWT. Al -Ghazali (2000) menyatakan bahawa sabar adalah separuh daripada iman. Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1997) pula menegaskan bahawa sabar adalah pintu kepada maqam lain yang lebih tinggi. Dalam konteks haji, sabar mendidik jiwa jemaah untuk tabah menghadapi ujian, redha dengan ketentuan, serta menanam sikap ikhlas dalam setiap ibadah. Haji dengan sabar menjadikan seseorang lebih dekat dengan maqasid syariah iaitu membentuk insan yang bertakwa, berdisiplin, dan penuh rasa syukur. Impak Sosial Sabar dalam Pengurusan Haji Selain aspek individu dan petugas, sabar turut memberi kesan sosial. Nilai sabar mengurangkan konflik sesama jemaah, memperkukuh ukhuwah Islamiah, serta mewujudkan suasana harmoni sepanjang ibadah. Osman (2018) mendapati bahawa kesabaran kolektif dalam kalangan jemaah dan petugas boleh mengurangkan masalah logistik, meningkatkan kerjasama, serta memperkukuh solidariti umat Islam. Pemerhatian dalam Manual Kursus Haji Perdana (Tabung Haji, 2019) juga mendapati bahawa sabar menjadi nilai utama dalam membimbing warga emas yang kurang mahir menggunakan aplikasi digital. Petugas yang sabar lebih mudah membantu jemaah menyesuaikan diri dengan teknologi seperti aplikasi

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=