E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 189 Bermaksud: Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. Dalil hadis juga ada sebagai sandaran syarak melalui isu kewajiban badal haji serta tuntutan syarak ke atasnya yang perlu dilaksanakan sebagai salah satu dari rukun Islam terutama dalam kalangan warga emas yang uzur serta yang telah meninggal dunia. Pandangan yang mewajibkan badal haji adalah menerusi sebuah hadis melalui Riwayat al-Bukhari, dalam Kitab al-Hajj, Hadis No. 1513 dan hadis Riwayat al-Muslim, Kitab al-Hajj, Hadis No. 1334 iaitu: قَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَِّ ا مِنْ خَثْعَم عَنْ ابْنِ عَباس رَضِيَ اللَُّ عَنْهُمَا: أَن امْرَأَة ” إِن فَرِيضَةَ اللَِّ ا ا لاَ يَسْتَطِيعُ أَنْ يَثْبُتَ عَلَى الراحِلَةِ أَفَأَحُج عَنْهُ ا ا كَبِير ِ أَدْرَكَتْ شَيْخ عَلَى عِبَادِهِ فِي الْحَج قَالَ: نَعَمْ . “ Bermaksud: Daripada Ibn ‘Abbās RA , katanya: " Seorang wanita dari kabilah Khath‘am berkata: ‘Wahai Rasulullah! Sesungguhnya kewajipan Allah kepada hamba-hamba-Nya berupa ibadah haji telah datang, sedangkan ayahku seorang yang sudah tua, beliau tidak mampu lagi tetap berada di atas tunggangan. Bolehkah aku menghajikannya ( menggantikan hajinya )?’ Baginda SAW bersabda: ‘ Ya ( boleh ). " Perbahasan isu keharusan perlaksanaan badal haji ini yang menggunakan dalil al-Quran serta hadis diatas menjadi asas utama keharusan melaksanakan badal haji bagi pihak orang lain yang tidak mampu melaksanakannya kerana uzur kekal. Selain itu aspek ijma‘ulama menyatakan keharusan ini dengan syarat orang yang membadalkan telah menunaikan haji fardu untuk dirinya terlebih dahulu. Selain itu, isu berkaitan aspek syarat dan batasan pula seharusnya melihat dari sudut badal haji hanya sah jika ketidakmampuan itu adalah kekal (tua, sakit kronik) dan bukan bersifat sementara. Selain itu penyelidik juga berpandangan sedemikian malah disyaratkan juga pelaksana badal haji adalah seorang Muslim yang berakal, baligh,dan mampu menunaikan rukun-rukun haji dengan sempurna. Merujuk kepada Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Ke-34 bagi Musim Haji 1439H yang berlangsung pada 19 hingga 22 November 2017 Ahad Hingga Rabu bersamaan 30 Safar Hingga 03 Rabi’ul Awal 1439h bertempat di TH Hotel Penan g i , kewajipan haji tidak akan gugur dengan sebab kematian ataupun sakit atau uzur selagi mana ada kemampuan dari segi harta. Ini kerana kemampuan (Istito’ah) itu boleh dalam bentuk melaksanakan sendiri ibadat haji atau dilakukan oleh orang lain yang disebut sebagai badal haji. Antara resolusi ini yang boleh dirujuk di laman web Lembaga Tabung Haji ialah: 1. Ada dua syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan seseorang dikategorikan sebagai al-ma`dub (penghalang): a. Penyakit/keuzuran tersebut menghalang seseorang daripada melakukan sendiri ibadat haji. Dan b. Penyakit/keuzuran itu hendaklah berkekalan dan berterusan sehingga mati. (tiada harapan sembuh)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=