E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 188 PERANAN AI DALAM TADBIR URUS MENYAKINKAN KEABSAHAN BADAL HAJI: APLIKASI EZYHAJI SUATU CADANGAN PENYELESAIAN Abdul Rahman bin Hamzah ( lead presenter ), Muhaidi bin Hj Mustaffa Al Hafiz, Ayu Suhana Merican , PEKTA Kanan Tabung Haji, Felo Maahad Tahfiz Dan Kemukjizatan Al Quran Gerik, Perak; Ketua Unit Bimbingan, Felda Travel Emel: l abdulrahmanhamzah02@gmail.com; muhaidimustaffa@gmail.com; missabaya@gmail.com ABSTRAK Isu keabsahan badal haji (haji pengganti) semakin dipersoalkan dalam kalangan masyarakat, apabila timbul keraguan sama ada ibadah tersebut benar-benar ditunaikan di Tanah Suci. Kajian soal selidik terhadap 50 responden mendapati majoriti tidak percaya dengan pelaksanaan badal haji pada masa kini. Antara faktor utama ialah keperluan tasrih haji (kebenaran khas daripada Kementerian Haji Arab Saudi) untuk membolehkan pembadal haji memasuki Arafah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap pelaksanaan sebenar ibadah tersebut. Sebagai penyelesaian, kajian rintis melalui aplikasi EZYHAJI dibangunkan. Dalam konteks pengurusan ibadah haji kontemporari, penggunaan teknologi kecerdasan buatan ( Artificial Intelligence , A.I) dimanfaatkan bagi meningkatkan tahap keyakinan dan ketelusan. Pertama, kaedah KYC ( Know Your Customer ) melalui pengecaman wajah memastikan identiti individu yang melaksanakan badal haji adalah sahih. Kedua, teknologi A.I geolocation digunakan bagi merekodkan koordinat longitud dan latitud sebagai bukti keberadaan pembuat badal haji di lokasi penting: Arafah, Muzdalifah, Mina, dan Masjidil Haram. Selain itu, bukti bergambar dan video perlu dimuat naik untuk pengesahan tambahan. Kajian ini membuktikan bahawa integrasi A.I dalam aplikasi EZYHAJI dapat mengukuhkan keyakinan masyarakat, meningkatkan ketelusan serta menyediakan sistem pemantauan yang boleh diaudit. EZYHAJI wajar dilihat sebagai model inovatif digital dalam memperkukuhkan integriti pelaksanaan ibadah badal haji selaras dengan tuntutan syariah dan keperluan semasa dalam tadbir urus haji yang berasaskan syariah dan teknologi moden. Kata Kunci: Badal Haji, Artificial Intelligence , Tadbir Urus, EZYHAJI , Syariah Digital PENDAHULUAN Menyempurnakan tuntutan rukun Islam kelima iaitu ibadah Haji merupakan gagasan setiap individu Muslim. Sehubungan itu cadangan penyelidikan ini bertujuan untuk meneroka secara mendalam potensi dan keberkesanan isu keabsahan badal haji, cabaran tadbir urus, serta cadangan penggunaan teknologi A.I melalui aplikasi EZYHAJI untuk memastikan keaslian, kepercayaan, dan keberkesanan pelaksanaan. Firman Allah di dalam al-Quran Kareem Allah berfirman: وَلِلِِّ عَلَى ٱلناسِ حِج ٱلۡبَيۡتِ مَ ِنََتٞ مقَامُ إِبۡرََهِيمَۖ وَمَن دَخَلَهُۥ كَانَ ءَامِنا ُ بَي فِيهِ ءَايََت نِ ٱسۡتَطَاعَ إِلَيۡهِ سَبِيلًۚ وَمَن كَفَرَ فَإِن ٱلِلَّ غَنِيّ عَنِ ٱلۡعََلَمِينَ ٩٧ (Surah Āli ‘Imrān; 03:97)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=