E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 190 2. Berdasarkan dua syarat tersebut, Jemaah Haji yang disahkan oleh pakar perubatan bahawa sakitnya tiada harapan sembuh dan sangat berbahaya jika dibawa ke Arafah, maka badal haji boleh dibuat untuknya. Sekiranya telah sembuh selepas daripada itu maka ia wajib menunaikan ibadat haji jika berkemampuan 3. Pelantikan wakil di Makkah untuk melakukan badal haji boleh dilakukan sebaik sahaja pakar perubatan mengesahkan bahawa penyakit Jemaah Haji tersebut tiada harapan sembuh dan sangat berisiko untuk di bawa ke Arafah. 4. Orang yang hilang (al-mafqud) merupakan orang yang tidak diketahui keadaannya sama ada dia masih hidup atau sudah meninggal dunia. Kehilangan itu tidak boleh dijadikan asas untuk membolehkan badal haji dilakukan terhadapnya kerana ada kebarangkalian ia kembali semula. Badal haji hanya boleh dilakukan apabila mahkamah memutuskan bahawa orang tersebut diisytiharkan telah meninggal dunia. Ini bermakna, selagi tiada keputusan daripada mahkamah, selagi itu badal haji tidak boleh dilakukan. Begitu juga dalam Resolusi Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan Kali Ke 21 Musim Haјі 1426 H yang telah di adakan pada 5 hinga 7 Jun 2005; di dalam kertas kerja ke 2 yang bertajuk : SYARAT-SYARAT ISTITO'AH (BERKEMAMPUAN) BAGI JEMAАН HAJI WARGA EMAS UNTUK M ENUNAIKAN IBADAT HAJI DAN UMRA H ii iaitu: 1. Kewajipan menunaikan ibadat haji tidak akan gugur bagi golongan berikut: 1.1 Terlalu tua 1.2 Penyakit yang tidak ada harapan sembuh 1.3 Penyakit yang teruk 2. Oleh itu wajib ke atas mereka menggantikan dengan badal haji jika mereka mampu membiayai kos mengerjakan haji semasa hayatnya. Oleh itu dengan teknologi di aplikasi EZYHAJI menerusi ayat al-Quran serta hadis diatas menunjukkan keperluan jaminan keabsahan pelaksanaan badal haji . Malah melalui aplikasi EZYHAJI dengan teknologi AI-KYC , geolocation , dan bukti bergambar / video berfungsi sebagai mekanisme kontemporari untuk memastikan prinsip hadis ini dipatuhi: iaitu haji benar-benar ditunaikan oleh wakil yang sah. Dalam makluman rasmi di page Facebook Lembaga Tabung Haji bertarikh 10 Jun 2021; berhati-hati dengan Badal Haji yang murah. SOROTAN LITERATUR BADAL HAJI DALAM PERSPEKTIF FIQH Takrif dan Hukum Asas; Badal haji ialah ibadah haji yang ditunaikan oleh seorang Muslim bagi pihak orang lain yang uzur kekal (tua, sakit berpanjangan) atau telah meninggal dunia, dengan syarat pelaksana sudah menunaikan haji untuk dirinya. Majoriti fuqaha (Hanafi, Maliki, Syafi‘i, Hanbal i) mengharuskan badal haji bersandarkan hadis sahih Ibn ‘Abbās RA tentang wanita Khath‘am yang meminta izin menghajikan ayahnya yang uzur, lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “ Ya .” Dalil Hadis serta Kedudukan membuktikan pada Sahih al-Bukhari , Kitab al-Hajj , Bab al- Hajj ‘an al- ‘ājiz li zamānah aw kibar aw al -mayyit , Hadis no. 1513 . Dan pada kedudukan Sahih Muslim , Kitab al-Hajj, Bab al- Hajj ‘an al - ‘ājiz li zamānah aw kibar aw maradh , Hadis no. 1334.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=