E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 183 telah berjaya ditangan i. 33 B erikut merupakan sebahagian laporan terperinci penangkapan yang dilaporkan oleh media: 1. Tiga warga negara Indonesia (WNI) ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi di kawasan gurun wilayah Jumum pada 27 Mei 2025. Salah seorang, SM, meninggal dunia akibat dehidrasi, manakala dua lagi, J dan S, berjaya diselamatkan dan dihantar semula ke Jedda h. 34 2. Seramai 47 jemaah haji warga emas dari Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Arab Saudi kerana cuba memasuki Makkah tanpa visa haji yang sah. Mereka terpaksa meredah laluan berbahaya dengan berjalan kaki dari Jeddah ke Makkah selepas ditipu oleh ejen yang menawarkan ibadah haji secara persendiria n. 35 3. Pasukan Keselamatan Haji di pintu masuk Makkah menangkap 18 penduduk tempatan dan 31 warga negara kerana mengangkut 197 individu tanpa permit haj i. 36 4. Pihak berkuasa menahan seorang penduduk Indonesia kerana mengangkut 24 penduduk tempatan dan 23 warga asing dengan visa ziarah, yang cuba memasuki Makkah tanpa permit . 37 5. Pada 6 Mei 2025, Pasukan Keamanan Haji di daerah Al-Hijrah, Makkah, menangkap 42 ekspatriat yang memegang berbagai jenis visa kunjungan setelah mereka melanggar peraturan haji. 38 Implikasi Sosial dan Etika Kesan Negatif kepada Individu dan Masyarakat Penawaran perkhidmatan badal haji melalui saluran tidak sah atau sindiket penipuan membawa implikasi sosial yang serius. Fenomena ini menyumbang kepada eksploitasi ibadah untuk tujuan komersial, di mana pengendali yang tidak beretika menggunakan naratif keagamaan bagi meraih keuntungan. Urus niaga sedemikian sering kali mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) yang ketara, khususnya dari segi jaminan pelaksanaan ibadah mengikut rukun yang sah. Rentetan itu, ia boleh menyebabkan kesangsian yang menebal dalam kalangan masyarakat terhadap perkhidmatan berteraskan agama. Pengalaman negatif atau pendedahan kepada kes-kes penipuan menyebabkan masyarakat lebih berwaspada, sehingga menjejaskan kepercayaan terhadap pengendali sah, termasuk agensi pelancongan bertauliah, pertubuhan kebajikan, dan juga institusi keagamaan rasmi. Kesan lanjutan daripada situasi ini ialah penghakisan modal sosial dalam komuniti umat Islam. Asas kepercayaan yang menjadi tonggak sistem muamalat , terjejas apabila niat murni untuk beribadah dicemari oleh keraguan terhadap motif kewangan pengendali perkhidmatan. Selain itu, wujud risiko stigma terhadap amalan badal haji yang dikendalikan secara sah. Hal ini berlaku kerana sebahagian masyarakat awam sukar membezakan antara pengendali yang beretika dengan pihak yang tidak bertanggungjawab, menyebabkan keseluruhan perkhidmatan ini dipandang serong. Akibatnya, ada yang memilih untuk menjauhkan diri daripada perkhidmatan seumpamanya, sekali gus melemahkan kewibawaan institusi agama dan mewujudkan jurang keyakinan antara golongan agamawan, pengendali perkhidmatan, dan masyarakat. 33 Associated Press. (2025, 1 Jun). Saudi Arabia cracks down on Hajj permits to prevent overcrowding . PBS NewsHour. https://www.pbs.org/newshour/world/saudi-arabia-cracks-down-on-hajj-permits-to-prevent-overcrowding 34 NU Online. (2025, 1 Jun). Kronologi 3 WNI Tertangkap di Gurun Pasir Hendak Masuk Makkah, 1 Orang Meninggal . https://nu.or.id/nasional/kronologi-3-wni-tertangkap-di-gurun-pasir-hendak-masuk-makkah-1-orang-meninggal-0ddhQ 35 Malaysia Gazette. (2025, 19 Jun). Tiada tindakan kepada 47 orang jemaah haji DIY namun wajar dijadikan pengajaran - Naim . https://malaysiagazette.com/2025/06/19/tiada-tindakan-kepada-47-orang-jemaah-haji-diy-namun- wajar-dijadikan-pengajaran-naim/ 36 Arab News. (2025, 6 Jun). Saudi authorities crack down on illegal Hajj entry . https://www.arabnews.com/node/2603659/saudi-arabia 37 ibid 38 Arab News. (2025, 6 Mei). Makkah's security forces crack down on illegal Hajj pilgrims . https://www.arabnews.com/node/2599736/saudi-arabia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=