E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 182 pengecaman wajah, dan Kad Nusuk digunakan untuk menyekat sekeras-kerasnya kemasukan tanpa permit ( tasrih ) haji, ia secara langsung meningkatkan elemen gharar fāḥisy terhadap tawaran badal haji yang tidak berdaftar. Kesukaran yang melampau untuk memasuki Makkah dan tapak-tapak suci tanpa permit yang sah, terutamanya melalui laluan padang pasir, bermakna pelaksanaan rukun haji yang penting (seperti Wukuf di Arafah) oleh badal haji haram adalah hampir mustahil untuk dijamin. Oleh itu, jemaah yang membayar perkhidmatan badal haji tanpa permit telah menanggung risiko kerugian kewangan dan spiritual yang maksimum. Mereka bukan sahaja berhadapan dengan kemungkinan besar wakil mereka akan ditangkap dan diusir, tetapi yang paling utama, akad tersebut menjadi batal kerana tujuan asalnya, iaitu kesempurnaan ibadah haji, tidak dapat dipenuhi sama sekali akibat halangan keselamatan yang sangat ketat. Risiko Undang-Undang dan Peraturan Kerajaan Arab Saudi Jenis-Jenis Pelanggaran dan Hukuman yang Ditetapkan Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi telah menetapkan sekatan yang berat terhadap pelanggaran peraturan haji. Hukuman ini bertujuan untuk mencegah haji haram dan melindungi integriti sistem haji rasmi. Antara denda ini ialah: 1. Denda Maksimum Jemaah: Denda bagi individu yang melanggar peraturan (tanpa tasrih ) adalah sehingga SAR 20,000 2. Denda Maksimum Fasilitator: Denda bagi pemudah cara boleh mencecah SAR 100,000 bagi setiap pelanggar yang dibantu. 3. Larangan Masuk 10 Tahun: Hukuman ini adalah denda yang normal dikenakan ke atas semua ekspatriat yang melanggar peraturan haji tanpa permit, sama ada sebagai jemaah haram atau pemudah cara. 4. Hukuman Penjara: Hukuman penjara turut disertakan, namun tempohnya sering berubah dan bergantung kepada keputusan jawatankuasa pentadbiran bermusim atau mahkama h. 31 Penangkapan Jemaah dan Pemudah Cara Haram Sebelum tahun 2024, meskipun terdapat peraturan, kebarangkalian untuk menunaikan haji tanpa tasrih adalah lebih tinggi kerana kawalan yang tidak begitu ketat. Namun, situasi ini berubah secara drastik dengan pengetatan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi pada musim haji 1445H (2024), dan ia menjadi lebih intensif pada 1446H (2025). Hal ini disebabkan laporan musim haji 2024 menunjukkan lebih 1,300 jemaah meninggal dunia akibat gelombang haba, dan 83% daripada mereka adalah jemaah haji tanpa permit, yang tidak mempunyai akses kepada kemudahan dan perlindungan yang disediakan . 32 Tragedi ini menjadi “pengajaran mahal” yang mendorong pihak berkuasa Saudi untuk melaksanakan penguatkuasaan yang jauh lebih ketat, menjadikan amalan haji haram hampir mustahil untuk dilaksanakan pada tahun berikutnya. Laporan terkini membuktikan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi sangat serius dalam menguatkuasakan peraturan ini. Penguatkuasaan ini bukan sahaja terhad kepada pusat pemeriksaan di pintu masuk Mekah, tetapi juga merangkumi serbuan ke rumah dan hotel ilegal. Pihak berkuasa telah memeriksa semua penginapan di bandar Mekah dan mengeluarkan penduduk, termasuk mereka yang memiliki izin tinggal, jika dokumen mereka tidak sesuai dengan peraturan haji. Operasi ini juga diperkuatkan dengan penggunaan teknologi canggih seperti dron yang dilengkapi dengan kamera beresolusi tinggi, pengimejan terma, dan kecerdasan buatan (AI) untuk memantau kawasan padang pasir terpencil bagi mengesan jemaah haram yang cuba menyusup. Hasilnya lebih dari 269,000 individu tanpa izin haji yang cuba memasuki Makkah atau yang berada di dalamMekah dilaporkan 31 Saudi Press Agency. (2025, 28 April). Interior Ministry Announces Penalties for Unauthorized Hajj Pilgrims, Facilitators . https://www.spa.gov.sa/en/N2307926 32 1.300 Jemaah Meninggal saat Panas Ekstrem Musim Haji 2024 - CNN Indonesia, accessed on September 24, 2025, https://www.cnnindonesia.com/internasional/20250602124056-120-1235506/1300-jemaah-meninggal-saat-panas- ekstrem-musim-haji-2024

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=