E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 184 Dari perspektif maqāṣid al - sharīʿah (objektif utama perundangan Islam), eksploitasi ibadah ini jelas mencanggahi beberapa prinsip asas. Perbuatan ini menggugat prinsip pemeliharaan agama ( ḥifẓ al - dīn ) kerana merosakkan integriti ibadah; pemeliharaan harta ( ḥifẓ al - māl ) melalui unsur penipuan; dan pemeliharaan maruah ( ḥifẓ al - ʿirḍ ) kerana mengeksploitasi kepercayaan dan niat baik individu. Kesan Negatif terhadap Reputasi Negara Laporan mengenai penahanan warganegara Malaysia di Arab Saudi akibat penyalahgunaan visa untuk tujuan ibadah haji memberi kesan langsung terhadap imej dan reputasi negara. Insiden seumpama ini, yang sering mendapat liputan media, boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap tahap pematuhan dan disiplin jemaah dari Malaysia. Apabila kes-kes pelanggaran peraturan imigresen Arab Saudi melibatkan warganegara Malaysia secara berulang, ia bukan sahaja menjejaskan nama baik negara, malah turut menggugat hubungan diplomatik dan kepercayaan yang telah lama terjalin. Implikasi paling membimbangkan bagi Malaysia adalah risiko kehilangan keistimewaan visa yang dinikmati oleh rakyatnya. Buat masa ini, warganegara Malaysia boleh mengerjakan umrah menggunakan visa pelancong, satu kemudahan yang tidak diberikan kepada semua negara walaupun sudah hamper musim haji. Walau bagaimanapun, sekiranya kes penyalahgunaan visa oleh rakyat Malaysia terus berleluasa, tidak mustahil Kerajaan Arab Saudi akan mengambil tindakan lebih tegas. Sebagai bukti keseriusan isu ini, pada akhir tahun 2024, Arab Saudi telah menggantung sementara pengeluaran visa pelancong dan ziarah untuk 14 buah negara menjelang musim haji termasuk negara jiran di rantau Asia, bagi mengekang lambakan jemaah yang tinggal melebihi tempoh sah visa dengan niat untuk mengerjakan haji secara hara m. 39 W alaupun Malaysia tidak termasuk dalam senarai tersebut buat masa ini, insiden itu menjadi satu isyarat jelas bahawa Arab Saudi tidak akan teragak-agak untuk menarik balik kemudahan visa demi menjaga kelancaran pengurusan haji. Kegagalan membendung gejala ini secara kolektif boleh mengakibatkan implikasi jangka panjang yang merugikan seluruh komuniti Muslim di Malaysia. PENUTUP Laporan ini telah mengkaji isu badal haji tanpa tasrih dari pelbagai dimensi dan menemukan bahawa ia adalah fenomena multifaset yang memiliki impak signifikan pada aspek syariah, undang-undang, dan sosial. Secara ringkasnya adalah seperti berikut: 1. Syariah: Badal haji sah secara fiqh jika memenuhi syarat yang ketat, namun pelaksanaannya tanpa tasrih dianggap berdosa kerana melanggar kewajipan taat kepada ulil amri . Amalan ini juga menimbulkan unsur gharar yang signifikan, menjadikan ibadah yang dilaksanakan tidak terjamin kesempurnaannya. Selain itu, komersialisasi ibadah secara meluas dianggap bermasalah dari sudut etika dan fiqh kontemporari. 2. Undang-Undang: Amalan ini adalah pelanggaran berat terhadap undang-undang Arab Saudi. Pelaku dan pemudah cara menghadapi hukuman yang serius, termasuk denda yang besar, penjara, dan deportasi. Laporan penangkapan terkini membuktikan bahawa pihak berkuasa Saudi serius dalam menguatkuasakan peraturan ini. 39 TIMESOFINDIA.COM . (2024, July 8). Saudi Arabia temporarily suspends this visa for 14 countries; India on the list. Key details . The Times of India . https://timesofindia.indiatimes.com/life-style/travel/news/saudi-arabia-temporarily- suspends-this-visa-for-14-countries-india-on-the-list-key-details/articleshow/121673569.cms
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=