E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 181 yang jelas memberi manfaat kepada umat Isla m. 26 Oleh itu, badal haji yang memenuhi semua syarat fiqh mungkin sah dari segi ritual, tetapi pelaksanaannya tanpa tasrih merupakan pelanggaran terhadap perintah syariah yang lain, iaitu ketaatan kepada ulil amri . Ini menciptakan status hukum yang kompleks: ibadah itu sendiri "sah" dari sudut pandang fiqh haji , tetapi pelakunya "berdosa" kerana melanggar peraturan pemerintah yang sah. Tindakan ini merosakkan integriti spiritual dari perbuatan tersebut kerana mencampuradukkan ibadah dengan pelanggaran. Unsur Ketidakpastian ( Gharar ) dalam Badal Haji Haram Isu yang lebih kritikal dalam perkhidmatan badal haji tanpa tasrih adalah unsur ketidakpastian ( gharar ) yang besar. Gharar dalam fiqh merujuk kepada keadaan di mana suatu urus niaga yang keputusannya tidak diketahui, sama ada ia akan diperoleh atau tidak. Dengan kata lain, gharar merujuk kepada ketidakpastian atau keraguan mengenai kewujudan objek dalam sesuatu aka d. 27 Dalam konteks badal haji haram, gharar tidak terletak pada akad ibadah itu sendiri, tetapi pada pelaksanaan perkhidmatannya yang tidak dapat dijamin. Dalil syariah secara jelas melarang jual beli yang mengandungi unsur gharar yang ketara ( gharar fāḥisy ). 26 Rasulullah SAW secara jelas melarang jual beli gharar , sebagaimana diriwayatkan dalam hadis sahih Muslim: عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَِّ - صلى الله عليه وسلم - ِعَنْ بَيْعِ الْحَصَاةِ وَعَنْ بَيْعِ الْغَرَر Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, ia berkata: 'Rasulullah SAW melarang jual beli al-hasah (undian kerikil) dan jual beli gharar". (Muslim, 2006, no. 1513) Pelarangan ini bertujuan untuk menghindari penipuan dan persengketaan. Contoh klasik dari gharar fāḥisy yang dilarang adalah menjual ikan di dalam air atau burung yang masih terbang, kerana objek transaksi tidak dapat dipastikan. Dalam konteks badal haji tanpa tasrih , ketidakpastian ini sangat nyata dan domina n. 28 Syarikat atau individu yang menawarkan badal haji haram tidak mempunyai jaminan untuk menyelesaikan ibadah tersebut dengan sempurna. Pelaksana yang diupah, yang sering kali merupakan pemegang visa pelancong dan pekerja asing, terpaksa menggunakan laluan dan kaedah tidak sah untuk masuk ke Mekah dan tempat-tempat suci, seperti kawasan padang pasir terpencil, bagi mengelak pemeriksaan yang berpotensi besar ditangkap terutama setelah operasi besar-besaran seperti tahun 2025 yang merakam jumlah tangkapan dan usiran sebanyak 269,678 oran g. 29 K awalan ketat pihak berkuasa Saudi, termasuk penggunaan kad Nusuk dengan sistem kecerdasan AI bagi pengecaman wajah serta penggunaan dron untuk memantau kawasan- kawasan terlarang merupakan faktor utama kejayaan kempen "Tiada Haji Tanpa Permit ". 30 Dengan peningkatan kawalan ketat oleh pihak berkuasa Saudi, di mana sistem canggih seperti dron, AI 26 Saudi Gazette, Grand Mufti: Performing Hajj without a permit is a sin , 2023, diakses di: https://saudigazette.com.sa/article/652323 27 Dodi Yarli, Sofyan Al-Hakim, & Iwan Setiawan. (2024). Measuring the Validity of Gharar from an Islamic Legal Perspective (Comparative Study of Gharar According to the Fuqaha). Al-Afkar, Journal For Islamic Studies , 7 (3), 1527 – 1537 . https://doi.org/10.31943/afkarjournal.v7i3.1065 28 ibid 29 Al Arabiya English. (2025, 1 Jun). Saudi Arabia stops 269,678 people without Hajj permits from entering Mecca. Al Arabiya English . https://english.alarabiya.net/News/saudi-arabia/2025/06/01/saudi-arabia-stops-269678-muslims- without-hajj-permits-from-entering-mecca 30 Al Sherbini, R. (2025, 24 Mei). Watch how Saudi Arabia uses drones to catch illegal pilgrims ahead of Hajj. Gulf News . https://gulfnews.com/world/gulf/saudi/watch-how-saudi-arabia-uses-drones-to-catch-illegal-pilgrims-ahead-of- hajj-1.500138950

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=