E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 180 hara m. 21 Oleh hal yang demikian, Majelis Tarjih dan Tajdid Muhammadiyah, sebagai salah satu badan ulama kontemporari di Indonesia, mengadopsi pandangan yang sangat berhati-hati. Mereka menolak amalan pengkomersialan badal haji kerana kebimbangan bahawa hal tersebut boleh menghilangkan landasan kehati- hatian ( ihtiyat ) dan membuka pintu bagi penipuan. Pendekatan ini selaras dengan kaedah fiqh yang menyatakan bahawa "mencegah kerosakan lebih diutamakan daripada mengambil kemaslahatan". Mereka bahkan membatasi pelaksanaan badal haji hanya kepada anak atau kerabat, untuk memastikan bahawa niatnya adalah murni kerana hubungan kekeluargaan, bukan kerana motivasi kewanga n. 22 Konsekuensi Syariah Pelaksanaan Tanpa Tasrih Titik konflik yang paling mendasar dalam isu badal haji tanpa tasrih terletak pada pertentangan antara keabsahan inti ibadah dan pelanggaran terhadap peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang sah. Berdasarkan ajaran Islam, sebuah ibadah yang memenuhi syarat-syarat fiqh dianggap sah. Namun, Islam juga memerintahkan umatnya untuk menaati ulil amri (pemimpin atau pemerintah). Kewajipan ini ditegaskan dalam firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa' ayat 59: يَـَٰأَيهَا ْٱلذِينَ ءَامَنُوٰا۟ أَطِيعُوا۟ ٱلِلَّ وَأَطِيعُوا۟ ٱلرسُولَ وَأُو۟لِى ٱلأَْمْرِ مِنكُم Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul, dan ulil amri di antara kalian." Kerajaan Arab Saudi sebagai ulil amri yang mempunyai autoriti terhadap Tanah Suci telah menggubal peraturan bahawa ibadah haji hendaklah dilaksanakan dengan kebenaran rasmi ( tasrih ) bagi menjamin keselamatan, ketertiban dan kelancaran perjalanan ibadah dalam kalangan jutaan jemaah. Penetapan ini adalah berasaskan prinsip maslahah ʿammah serta selaras dengan kerangka siyāsah sharʿiyyah yang menekankan peranan pemerintah dalam mengatur urusan umat demi menjaga lima maqāṣid al - sharīʿah , khususnya pemeliharaan agama ( ḥifẓ al - dīn ), nyawa ( ḥifẓ al -nafs ) dan harta ( ḥifẓ al - māl ). Oleh itu, peraturan ini memiliki legitimasi yang sah dalam perspektif syariah . 23 Majlis Ulama Tertinggi Arab Saudi ( Council of Senior Scholars ) melalui laman rasmi Al- Ifta’ Saudi menegaskan bahawa kewajipan mendapatkan tasrih haji merupakan sebahagian daripada ketaatan kepada Allah dan pemerintah. Kenyataan tersebut menyebut: “Komitmen untuk mendapatkan izin haji adalah sebahagian daripada ketaatan kepada Allah dan pemerintah. Peraturan serta arahan ini ditetapkan demi kemaslahatan jemaah haji ”. 24 Dalam kenyataan lain yang dilaporkan oleh Saudi Press Agency (SPA) , Mufti Agung Arab Saudi menegaskan bahawa menunaikan haji tanpa izin rasmi merupakan “pelanggaran serius” kerana ia menyalahi peraturan syariah yang digubal bagi menjaga ketertiban dan kemaslahatan umum . 25 Hal ini turut diperkukuh dalam laporan rasmi yang menyatakan bahawa sesiapa yang melaksanakan haji tanpa izin bukan sahaja menyalahi undang-undang negara, malah turut menanggung dosa kerana mengabaikan arahan pemerintah dalam perkara 21 WNI Ditangkap Diduga Fasilitasi Haji Ilegal, KJRI: Hindari Promosi Haji Tanpa Visa, accessed on September 24, 2025, https://kemenag.go.id/internasional/wni-ditangkap-diduga-fasilitasi-haji-ilegal-kjri-hindari-promosi-haji-tanpa-visa- PHXUc 22 Makrus, A. (2018). Hukum Badal Haji Menurut Pandangan Majelis Tarjih dan Tajdid Muhammadiyah dan Lajnah Bahtsul Masail Nahdhatuk Ulama. UIN Sunan Kalijaga Yogyakarta . 23 Kamali, M. H. (2000). Siyāsah sharʿiyyah and its application. Shajarah: Journal of the International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC), 5 (1), 1 – 42. 24 Al- Ifta’ Saudi, al- Amānah al - ʿĀmmah li - Hayʾat Kibār al - ʿUlamāʾ tujaddid al - taʾkīd ʿalā fatwā wujūb al - iltizām bi - ta ṣrīḥ al- ḥ ajj , Riyadh: Al- Ifta’ Saudi, 2024, boleh diakses di : https://alifta.gov.sa/news/6 25 Saudi Press Agency (SPA), Grand Mufti: Hajj Without Permit Is Serious Violation , 2023, diakses di : https://www.spa.gov.sa/en/N2330902.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=