E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 179 perjalanan, penginapan, makanan, serta tenaga yang dikorbankan oleh pelaksana. Selagi niat utama adalah ibadah, imbuhan material tidak merosakkan kesahihan amalan. II. Pendapat yang Menolak Upah Sebahagian ulama lain, antaranya Imam Abu Hanifah dan sebahagian pandangan dalam mazhab Hanbali, menolak pengambilan upah kerana bimbang ia menjadikan ibadah sebagai komoditi perniagaan. Mazhab Hanafi khususnya memberikan perincian bahawa ibadah haji adalah ʿibādah maḥḍah (ibadah murni) yang tidak boleh dijadikan objek jual beli. Jika seseorang mensyaratkan upah tertentu bagi melaksanakan badal haji, maka amalan itu dianggap tidak sah kerana niatnya bercampur dengan kepentingan duniawi . 16 Walau bagaimanapun, ulama Hanafi membezakan antara “mengambil upah” dengan “menerima nafkah”. Mereka membenarkan seseorang menunaikan haji bagi pihak orang lain jika segala perbelanjaannya ditanggung oleh pihak yang mewakilkan ( nafaqah ). Dalam konteks ini, pelaksana haji tidak dianggap menerima “upah” tetapi sekadar ditanggung keperluannya. Justeru, larangan utama dalam pandangan Hanafi bukanlah pada sokongan kewangan, tetapi pada pengkomersialan ibadah yang berpotensi merosakkan nilai ikhlas dan membuka ruang penyelewenga n. 17 Kebimbangan ulama mengenai bahaya pengkomersialan ibadah ini terbukti relevan dalam konteks semasa. Lembaga Tabung Haji (TH) Malaysia menegaskan bahawa tawaran badal haji dengan harga terlalu rendah, sekitar RM1,000 hingga RM3,500, adalah tidak munasabah kerana kos permit haji rasmi bagi penduduk Saudi sahaja boleh mencecah antara SR4,000 (sekitar RM4,800 ) 18 , belum termasuk kos lain yang memakan belanja hingga ke SR13000 dengan pakej lengkap. Justeru, kos sebenar badal haji yang sah boleh mencapai RM15,000 hingga RM16,000 apabila dilaksanakan oleh wakil dari Malaysia, atau sekitar RM4,000 hingga RM5,000 dengan menggunakan wakil petugas haji di Mekah yang terdiri daripada warga Pattani yang berkhidmat di bawah Tabung Haji dan juga Syarikat PJH . 19 Walau bagaimanapun, persoalan kritikal yang timbul adalah bilangan petugas haji yang sah dan berlesen untuk melaksanakan badal haji adalah sangat terhad. Ini menimbulkan persoalan: jika petugas haji yang sah dan berlesen sudah tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang melambung, kepada siapakah syarikat- syarikat yang tidak mempunyai operasi haji rasmi menyerahkan tugas badal haji ini? Berdasarkan pengakuan syarikat-syarikat ini, mereka menyerahkan badal haji tersebut kepada individu yang dikenali sebagai mukimin (penduduk asing) dari Indonesia dan negara lain, yang tinggal secara ilegal di Mekah ketika musim haji. Praktik ini diamalkan sejak sekian lama dengan pelbagai isu seperti membadal lebih daripada satu nama pada satu musim haji, yang jelas melanggar syarat syariah seperti yang pernah tular di media massa pada tahun 202 3 20 . Tambahan pula, sejak 2024 penguatkuasaan telah digandakan sehinggakan sangat sukar badal haji terlaksana tanpa permit yang sah. Pihak berkuasa dan Konsulat Jeneral Indonesia (KJRI) sering kali melaporkan penangkapan individu-individu ini atas tuduhan penipuan, termasuk menjadi pemudah cara haji 16 Mausu’ah Fiqh al - Mu‘āmalāt, “ أن تكون منفعة العمل حاصلة للمستأجر ,” al -Maktabah al- Shāmilah, http://shamela.ws/book/968/106 17 Abū Zakariyyā Muhyī al -Din bin Sharaf al- Nawawī. al- Majmū’ Sharh al -Muhadzdzab. (Amman, Jordan: Dar al-Fikr, 1928). Jil. 7 , ms. 138. 18 Lembaga Tabung Haji, “Waspada Dengan Tawaran Badal Haji,” kenyataan akhbar, Tabung Haji, https://www.tabunghaji.gov.my/ms/kenyataan-akhbar/sab-05202023-1200/waspada-dengan-tawaran-badal-haji 19 Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), “Berhati - hati Memilih Perkhidmatan Badal Haji,” artikel dakwah, MAIS, https://www.mais.gov.my/artikel-dakwah/berhati-hati-memilih-perkhidmatan-badal-haji 20 Viral Malaysia, “Allahu, Di Mekah Pun Berani Tipu! Badal Haji Sc4m Wakilkan Banyak Nama Serentak” , (Video Youtube, 8:24 Minit), Dimuat Naik Pada 6 November 2022 , https://www.youtube.com/watch?v=70EVHswu1Vk (capaian pada 20 September 2025 ).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=