E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 178 I. Syarat bagi yang Di-badalkan Ibadah badal haji dibenarkan untuk dua kelompok utama: ● Orang yang telah meninggal dunia : Diperbolehkan membadalkan haji bagi mereka yang meninggal sebelum sempat menunaikan haji wajibnya atau yang telah bernazar untuk haji . 10 Landasannya adalah hadis riwayat Ibnu Abbas RA, di mana seorang wanita meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk menghajikan ibunya yang telah meninggal, dan Nabi SAW menjawab, “ “Ya, hajikanlah untuknya. Bagaimana pendapatmu, jika ibumu mempunyai hutang (dunia), apakah engkau akan melunaskannya? Maka tunaikanlah hutang Allah, kerana hutang kepada Allah lebih berhak untuk ditunaikan” . 11 ● Orang yang tidak mampu secara fizikal : Diperkenankan membadalkan haji bagi individu yang masih hidup tetapi tidak mampu secara fizikal untuk melaksanakannya, terutamanya jika penyakitnya tidak dapat diharapkan kesembuhannya. Ini didasarkan pada hadis dari Ibnu Abbas RA mengenai seorang wanita dari Kabilah Khats'am yang bertanya kepada Nabi SAW tentang ayahnya yang sudah tua dan tidak mampu naik kenderaan. Nabi SAW menjawab, "Jika begitu, lakukan haji untuknya!" . II. Syarat bagi yang Melakukan Badal Syarat utama bagi orang yang akan melaksanakan badal haji adalah ia harus sudah menunaikan ibadah haji untuk dirinya sendiri terlebih dahulu. Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud di mana Rasulullah SAW berkata, "Berhajilah untuk dirimu dahulu, barulah berhaji atas nama Syubrumah" (Abu Dawud, 2009, no. 1811 ). 12 Bahkan, Jika seseorang membadalkan haji orang lain sebelum haji dirinya sendiri, maka haji tersebut secara syariah jatuh kepada dirinya sendiri dan tidak sah untuk orang yang diwakilinya . 13 Selain itu, seorang pelaksana badal haji hanya diperbolehkan membadalkan satu orang dalam satu kali musim haji. Amalan yang menawarkan badal haji untuk dua orang atau lebih, seperti yang pernah tular dilakukan oleh penyedia perkhidmatan hara m 14 , tidak dibenarkan dalam Islam. Ulama dari mazhab Syafi'i, seperti Imam al- Nawawi, menjelaskan bahawa niat untuk membadalkan dua orang sekaligus dalam satu masa tidak akan mengabsahkan haji tersebut, sebaliknya niat itu jatuh kepada diri sendiri sebagai haji sunat. 10 Amalan ini jelas menunjukkan ketidakfahaman atau pengabaian prinsip asas syariah demi keuntungan. Walaupun badal haji diakui secara syariah jika cukup syarat-syaratnya, namun, isu mengenai pengkomersialannya, khususnya hukum mengambil upah, telah menjadi perbahasan panjang di kalangan ulama. Asasnya ia terbahagi kepada dua pendapat iait u 15 : I. Pendapat yang Membolehkan Upah Sebahagian besar ulama mazhab Syafi‘i dan Maliki membenarkan pengambilan upah bagi pelaksanaan badal haji . Mereka menegaskan bahawa upah tersebut bukanlah “jual beli ibadah” tetapi pampasan terhadap kos 10 Jabatan Mufti Sarawak, "Hukum menunaikan badal haji secara sukarela atau upah," iTibyan , n.d., https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-usul-fiqh/1529-irsyad-usul-al-fiqh-siri-ke-2-kitab-kitab-berkaitan-ilmu- usul-al-fiqh. 11 Muslim ibn al-Hajjaj. (2006). Sahih Muslim (M. F. Abdul-Baqi, Ed.). Dar al-Kutub al- ‘Ilmiyyah. (Hadith no. 1148). 12 Abu Dawud Sulaiman ibn al- Ash‘ath al -Sijistani, Sunan Abi Dawud , Kitab al-Manasik ( كتاب المناسك ), Bab ar-Rajul Yahujju ‘an Ghayrih ( باب الرجل يحج عن غيره ), hadis no. 1811. Disahihkan oleh al-Albani. 13 Keabsahan Jasa Haji Badal dalam Perspektif Fiqih. (2025). Ummul Qura Jurnal Institut Pesantren Sunan Drajat (INSUD) Lamongan , 9 (1), 34-40 . https://doi.org/10.55352/uq.v9i1.1305 14 Viral Malaysia. (2022, 6 November). Allahu, Di Mekah Pun Berani Tipu! Badal Haji Sc4m Wakilkan Banyak Nama Serentak [Video]. YouTube. https://www.youtube.com/watch?v=70EVHswu1Vk. Diakses 20 September 2025. 15 Akbar, M. R. I., Mauluddin, M. R., Amiruzzidan, M. R., &Mu'is, A. (2025). Keabsahan Jasa Haji Badal dalam Perspektif Fiqih. Ummul Qura Jurnal Institut Pesantren Sunan Drajat (INSUD) Lamongan , 9 (1), 34-40.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=