E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 173 …resah apabila kedatangan haid dalam ihram dihadapi oleh jemaah….mereka juga tertekan apabila tidak tahu cara nak selesaikan tawaf dalam keadaan naqa’…jadi kami beri bimbingan jemaah secara langsung bagi kes-kes yang timbul dengan merujuk buku-buku panduan ibadat haji serta Keputusan muzakarah serta menenangkan jemaah dan bantu selesaikan masalah mereka (informan 4) ..dalam bab memberi sokongan,,ya,,terutama jemaah yang kematian suami di Haramain. Membimbing dan memberi tunjuk-ajar berkaitan ibadah yang boleh dilakukan oleh wanita dalam iddah kematian suami.(informan 6) Dalam menghadapi situasi ini, kajian juga menunjukkan bahawa mekanisme yang sesuai seperti amalan zikir, membaca al-Quran, beristighfar, bersabar, syukur dan reda antara didikan jiwa dalam mengawal emosi daripada stress (Fariza 2018). Peranan PIHTAS merangkumi pelbagai situasi secara bersemuka dengan jemaah wanita menunjukkan keperluan yang penting dalam menangani isu-isu yang berlaku dalam kalangan mereka. Sokongan, nasihat dan empati yang tinggi ditunjukkan oleh PIHTAS Wanita sepnjang melaksanakan bimbingan, Sebagai PIHTAS yang telah beberapa kali bertugas pada musim haji, untuk menyelesaikan masalah ataupun isu Jemaah haji wanita ini ialah dengan menggunakan kaedah temubual secara bersemuka, bertanya dan menyelidiki kefahaman mereka tentang fiqh wanita….memberi nasihat dan pandangan agar mereka lebih banyak bersabar ketika dalam ihram (informan 2) c. Cabaran PIHTAS Wanita. Dalam berhadapan dengan pelbagai jemaah dan memastikan ibadah jemaah sempurna dan dapat menyelesaikan semua rukun-rukun dan wajib-wajib haji, terdapat cabaran-cabaran yang berbeza dihadapi oleh PIHTAS. Mereka dapat menangani cabaran tersebut dengan cara yang sebaiknya, ….cabaran saya…menangani isu seorang jemaah wanita berstatus ibu tunggal, yang masih belum dapat melaksanakan tawaf rukun walaupun telah tiba waktu untuk meninggalkan Makkah. Pada malam sebelum berangkat pulang, saya menemani jemaah tersebut melaksanakan tawaf rukun dan kemudiannya membuat semakan status sucinya setelah disahkan tiada darah keluar (informan 2). ...masalah hukum.. ada yang betul ada yang tak pasti... mungkin itu cara dia hitung.. masalah berlaku bila rujuk hukum kat chatgpt ....jadi jemaah keliru....perlukan bimbingan (informan 3). ... Jemaah Haji yang telah menopaus tidak mahu hadir ceramah fiqh wanita sebab tak berkaitan dengan mereka katanya….sedangkan ceramah fiqh wanita bukan hanya mengupas isu - isu haid… banyak permasalahan wanita yg turut disentuh (informan 5) ,,,Jemaah yang buta IT atau penggunaan telefon pintar…. sangat bergantung kepada Petugas Haji atau PIHTAS untuk sesuatu perkara yang memerlukan penggunaan telefon pintar seperti booking gulf cart nak tempeh untuk buat tawaf dan Saie.(informan 6). RUMUSAN DAPATAN Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan PIHTAS Wanita memainkan peranan dwifungsi, iaitu sebagai pembimbing fiqh ibadah dengan memastikan pelaksanaan haji jemaah wanita mematuhi hukum syarak walaupun berdepan isu khusus wanita serta sebagai penyokong psikologi dengan memberi sokongan emosi, mengurus tekanan psikososial dan membina kesejahteraan rohani jemaah. Kedua-dua peranan ini saling melengkapi dalam memastikan pengalaman ibadah haji jemaah wanita berjalan dengan lancar, sempurna, dan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=