E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 172 keperluan PHTAS Wanita dalam mendalami isu dan permasalahan jemaah yang mengalami gangguan kitaran darah yang berpanjangan. Keputusan yang realistik perlu dibuat oleh PIHTAS Wanita selepas perbincangan yang detail dan catatan-catatan yang perlu dikemukakan oleh jemaah yang berhadapan masalah isu darah yang berpanjangan dan haid yang tidak teratur. b. Sokongan emosi Informan menyatakan bahawa PIHTAS menjadi tempat jemaah wanita meluahkan keresahan, tekanan, dan ketakutan yang dialami sepanjang ibadah haji. Situasi seperti kesesakan, kepenatan, serta rasa takut melakukan kesalahan ibadah sering menimbulkan keresahan. Kesan cuaca yang panas juga pada tahap yang paling tinggi merupakan cabaran kepada jemaah semasa menunaikan ibadah haji apabila berada dalam satu khemah yang ramai. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya sokongan sosial yang baikdari petugas haji (Norshariani,2024). Kehadiran PIHTAS Wanita yang bersikap tenang, mendengar, dan menenangkan hati jemaah membantu mereka lebih stabil dari segi emosi seterusnya mengurus tekanan psikososial kalangan jemaah. ….bab emosi ni….keserasian dengan cuaca, tempat, rakan sebilik, aktivti dan rutin harian, lokasi setiap perjalanan ibadah haji, halangan luar jangka…jadi perlu bantu…(informan 1). …masalah fiqh wanita ini secara tidak langsung mengganggu kesejahteraan emosi mereka. Menunggu waktu suci yang tiba-tiba menjadi lebih lama dari kebiasaan haid di Malaysia sedikit sebanyak mempengaruhi emosi jemaah wanita. Ada yang menjadi murung dan stress menanti waktu suci dan terpaksa berlama dalam ihram. Rakan sebilik yang telah selesai melaksanakan ibadah, bebas bergerak ke sana kemari menambah kemurungan jemaah wanita yang masih di dalam haid.(informan 2) Jemaah juga berdepan dengan pelbagai permasalahan rumit semasa di tanah suci. Konflik rumahtangga dan masalah dengan pasangan juga memberikan kesan emosi kepada mereka, Di sinilah peranan penting yang dilaksanakan oleh PIHTAS Wanita yang sedia berkhidmat dalam menyantuni duyufurrahman. Tugasan dilaksanakan ini sebagai sokongan dan empati kepada jemaah yang berhadapan dengan konflik tersebut, Jemaah wanita berhadapan dengan cabaran-cabaran ditanah suci yang diklasifikasikan kepada dua iaitu cabaran dalam jangkaan dan cabaran diluar jangkaan, Emosi dan mental jemaah dikategorikan sebagai cabaran dalam jangkaan. (Syed Mohd Jeffri et,al 2024). . .... depan jemaah, saya sempat halang daripada suami lafazkan.. depan isteri.. jangan ikut dengan keadaan suami yg banyak salah... isteri kena bertolak ansur dengan suami..sebab isteri rasa dia betul dan dia abaikan tanggungjawab dia sebagai isteri (informan 3). Sebahagian jemaah wanita mengalami tekanan akibat perbezaan budaya, kekangan kesihatan, serta konflik interpersonal semasa tinggal di tanah suci. PIHTAS dilihat memainkan peranan sebagai mediator dan motivator dalam membantu jemaah mengurus tekanan tersebut. Pendekatan psikososial yang digunakan termasuk memberi motivasi, nasihat rohani, serta membina keyakinan diri jemaah. Selain menangani isu psikologi, PIHTAS membantu jemaah wanita mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui nasihat kerohanian, doa, dan zikir. Usaha ini membantu jemaah lebih fokus pada tujuan ibadah, menanamkan kesabaran, serta mengurangkan tekanan psikologi yang dialami. … emosi terganggu,jadi….jemaah diminta tarik nafas dengan bersyahadah. Dan ingatkan diri sebagai hamba Allah, tetamu Allah, baca ayat2 surah pendek, dgn bercerita, dan berwuduk jika perlu. Juga boleh tenangkan dgn beri minum Air zamzam atau mineral, rujuk kepada situasi mereka (informan 1). ,,,,dia tak boleh tengok isteri bersembang dengan lelaki lain...lepas tu dia akan marah sampai satu masa dia menampar isterinya depan jemaah...jadi kena tenangkan isteri tadi dan beri nasihat (informan 3)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=