E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 171 Isu haid….perkiraan bilangan hari…jadi dengan cara bersemuka, minta jemaah datang ke pejabat…. tanya lebih lanjut catatan tentang haid iaitu tempoh, warna dan lain-lain.,dan juga beri penjelasan bagi perkiraan yang betul dengan mencatat butiran bersama jemaah (informan 4) PIHTAS banyak bantu kes fiqh wanita & sgt perlu kaedah face to face … sng kita bg penerangan yg jelas berbandin online,,permasalahan kalangan Jemaah wanita,ada… terutama sekali kes haid, keputihan semasa tawaf dan isu bersama suami (informan 5) Bila masalah wanita …sangat banyak membantu secara bersemuka terutama kes yang rumit. Jemaah tidak faham tentang fatrah dan naqa'. Huraian dan penjelasan dengan kalendar dan alat bantu… PIHTAS akan tunjukkan jadual untuk memudahkan jemaah faham (informan 6). PIHTAS juga berfungsi sebagai rujukan fiqh jemaah yang berhadapan dengan masalah menyempurnakan ibadah.. Menurut informan, jemaah wanita lebih selesa bertanya kepada PIHTAS kerana faktor keserasian gender dan empati. Hal ini membolehkan masalah ibadah yang sensitif dapat dibincangkan secara terbuka dan terus mendapat jawapan berdasarkan kaedah penyelesaian dan hukum semasa. Bimbingan secara bersemuka dan berterusan, dapat menyelesaikan permasalahan jemaah haji wanita terutama jika melibatkan pendarahan yang lama. .....bagi bimbing jemaah wanita ni...tambahan bab haid, perlu rujuk tiga bulan terakhir sebelum haid terkini. Di sinilah perlunya bimbingan berterusan terutama apabila hampir waktu wukuf, kita akan jelaskan dengan detail keadaan yang dibolehkan bagi jemaah wanita seperti gunakan naqa’ bagi selesaikan ibadah. (Informan 1) Jemaah wanita mengambil pil hormon utk menghalang daripada haid dan meyebabkan gangguan hormon. ⁠ Mereka ni….tidak membuat catatan haid hingga mengambil banyak masa untuk meyelesaikan permasalahan mereka.(informan 5) Bimbingan secara bersemuka dan berterusan dalam kalangan jemaah wanita yang menghadapi masalah haid, istihadah mampu menyelesaikan permasalahan ibadah terutama tawaf. Walaupun terdapat platform digital sebagai rujukan di tanah suci seperti e-taib dan th hujjaj, jemaah wanita yang berhadapan dengan masalah rumit tentang darah yang berpanjangan ini, memerlukan penyelesaian yang lebih teliti melalui perbincangan dan pengiraan darah tiga bulan sebelum datang ke tanah suci. PIHTAS Wanita yang bertugas di Tanah Suci perlu memastikan jemaah haji wanita dapat menyempurnakan ibadah Umrah dan Haji dengan sempurna. Peranan mereka yang amat penting ini memerlukan kepelbagaian kaedah dengan merujuk panduan yang diberikan oleh pihak bimbingan Tabung Haji. Permasalahan haid dan istihadah dalam kalangan jemaah memerlukan penelitian yang mendalam kerana ianya bergantung kepada kaedah-kaedah penyelesaian yang khusus dan berbeza antara setiap individu (Yusnah, Dg Hafizah &Nor Azizah, 2025). ...dalam isu berkaitan darah yang berterusan keluar, kita akan cadangkan kepada jemaah wanita berhubung dengan doktor perubatan di klinik Maktab yang disediakan oleh Tabung Haji, dengan makan pil penahan darah bagi selesaikan ibadah tawaf yang masih belum selesai (Informan 1). Ini bertepatan dengan kajian yang dilakukan bahawa pengurusan darah istihadah sangat berkait rapat dengan Fiqh Islam dan perubatan. Terdapat implikasi yang berkaitan ibadah seperti bersuci, solat, membaca al-Quran dan sebagainya. Pengurusan darah istihadah yang menggabungkan antara Fiqh Islam dan perubatan boleh membantu wanita dalam menguruskan permasalahan ini dengan lebih sistematik. Bagi wanita yang mengalami pendarahan berpanjangan yang luar dari kebiasaan haid, perlu segera merujuk ahli perubatan bagi mendapatkan rawatan susulan dan mencari punca gangguan kitaran haid mereka (Saharah 2018). Disinilah peranan dan

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=