E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 170 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Dalam kajian ini, pengkaji telah menjalankan kajian terhadap enam orang informan. Data profil berkaitan informan diperolehi melalui temu bual yang dijalankan oleh pengkaji. Kesemua informan pernah bertugas sebagai PIHTAS Tabung Haji di setiap penempatan yang disediakan oleh pihak Tabung Haji yang dikategorikan mengikut maktab-maktab sepanjang musim haji di tanah suci Bagi musim haji 1146H/ 2025, kerajaan Arab Saudi telah telah meluluskan sebanyak 31,600 kuota haji untuk jemaah Malaysia sebagaimana penetapan 0.1% kuota haji daripada jumlah penduduk Islam sesebuah negara berdasarkan keputusan persidangan Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation) atau OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. (https://www.tabunghaji.gov.my/ms/haji/maklumat) . Penglibatan PIHTAS Wanita ini merupakan salah satu bentuk bimbingan yang disediakan oleh Bahagian Bimbingan Tabung Haji dalam merealisasikan hasrat menyantuni duyufurrahman ke arah haji yang mabrur. Tema yang telah diperolehi oleh pengkaji daripada dapatan kajian berkaitan peranan dan keperluan PIHTAS dalam menangani permasalahan jemaah haji wanita dapat dirumuskan kepada dua tema utama dengan beberapa subtema tematik iaitu aspek fiqh ibadah dan psikologi jemaah wanita Hasil analisis temu bual bersama enam orang informan, data menunjukkan bahawa dalam menangani permasalahan tersebut, mereka berperanan sebagai pemudah cara dan pembimbing yang dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi jemaah Berdasarkan hasil kajian, terdapat tiga isu utama yang dikemukakan oleh ialah permasalahan fiqh ibadah iaitu khusus berkaitan wanita, sokongan emosi serta cabaran . Informan juga berkongsi cabaran-cabaran yang dihadapi berdasarkan pengalaman sepanjang bertugas menyantuni jemaah haji menyempurnakan rukun Islam yang kelima. a. Permasalahan Fiqh Ibadah PIHTAS memainkan peranan penting dalam memberi penjelasan mengenai pelaksanaan rukun dan wajib haji secara praktikal. Ramai jemaah wanita berhadapan dengan kekeliruan terutama berkaitan darah sama ada haid atau istihadah. PIHTAS menjadi sumber rujukan utama yang memberi panduan secara langsung melalui sesi taklimat, serta bimbingan semasa melaksanakan ibadah di tanah suci. Permasalahn fiqh ibadah banyak berkaitan isu khusus berkaitan wanita seperti hukum ihram ketika datang haid, penggunaan ubat penahan haid, serta panduan bersuci, sering menjadi dilema jemaah wanita. PIHTAS bukan sahaja menjelaskan hukum, malah memberi solusi praktikal agar ibadah haji tetap sah dan sempurna. Peranan ini membantu mengurangkan keresahan dan ketidakpastian dalam kalangan jemaah wanita. ...berkaitan jemaah haji wanita, isu fiqh ibadah iaitu isu haid. Jemaah wanita biasanya celaru bila berada di tanah suci, sebab ada perubahan tempoh masa keluar haid dan juga warna darah. Ada juga jemaah yang masih kurang faham tentang istihadah, terutama tempoh suci dan haid. (Informan1). ….Seringkali apabila tiba musim haji, masalah fiqh wanita akan timbul dan mengganggu kelancaran pelaksanaan Ibadah Jemaah haji Wanita. Apabila wanita ni kedatangan haid….mereka terhalang dari melaksanakan ibadah tawaf, sama ada tawaf rukun umrah ataupun tawaf rukun haji. Jemaah haji Wanita perlu menunggu waktu suci terlebih dahulu sebelum dapat melaksanakan semua perkara rukun dalam ibadah haji (informan 2). ......berkenaan haid dan juga istihadah : pengambilan ubat tak perlu ambik... lebih bagus jumpa doktor tentang masalah pendarahan.jemaah akan jumpa kami bila ada masalah tersebut.. (informan 3).
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=