E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 169 SOROTAN LITERATUR Ibadah haji merupakan ibadah yang merangkumi aspek rohani dan jasmani. Pelbagai persoalan yang timbul sepanjang jemaah menunaikan ibadah haji. Walaupun persediaan dilaksanakan oleh jemaah dengan mengikuti kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak Tabung Haji, aspek bimbingan di tanah suci tidak diabaikan. Pelbagai medium bimbingan disediakan oleh Bahagian Bimbingan Tabung Haji bermula di tanah air. Manakala ketika di Tanah Suci, TH menyediakan Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS) di semua bangunan penginapan sebagai rujukan para jemaah bagi memastikan ibadat yang dilakukan adalah betul dan sempurna.PEKTA dan PIHTAS yang disediakan oleh TH adalah mereka yang bertauliah dan mahir dalam ilmu berkaitan ibadat haji. (https://www.tabunghaji.gov.my ). Kajian lepas membincangkan pelaksanaan bimbingan terhadap jemaah haji memandangkan Malaysia mempunyai pendekatan khusus dalam bimbingannya terhadap jemaah haji. Barisan pakar rujuk hukum dikenali sebagai Ahli Jawatankuasa Pakar Rujuk Ibadah Haji TH- JAKIM (AJPIH) menjadi tempat rujukan bagi permasalahan hukum jemaah (Hasanulddin Mohd, Jamalluddin Hashim et.al . 2020). Dalam aspek bimbingan, satu kajian prestasi pemahaman haji jemaah Malaysia di Mekah telah dilaksanakan. Jemaah haji masih memerlukan bimbingan dan peringatan semula untuk menyempurnakan ibadat haji walaupun jemaah telah mengikuti kursus-kursus haji di tanah air. Perbincangan berbentuk soal jawab ibadat turut mendapat tempat dalam kaedah pelaksanaan ibadat haji. Ia bertujuan menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan oleh jemaah semasa menunaikan haji. Jemaah haji mempunyai pelbagai cabaran dalam melaksanakan ibadah haji,. Beberapa permasalahan dihadapi oleh jemaah dari aspek melaksanakan ibadah haji iaitu tentang rukun dan wajib haji. Kesilapan dan permasalahan dalam menunaikan ibadah diatasi melalui sesi soal jawab sepanjang jemaah haji berada di Mekah (Syed Abdul Aziz Hamid Edruce et al. 2014). Setiap tahun, pelbagai persoalan dikemukakan oleh jemaah haji wanita. Menurut Pengurus Besar Bimbingan Haji, Tuan Haji Shahrin, antara soalan popular yang ditanya oleh jemaah haji ialah larangan ihram dan isu fiqh wanita khususnya berkaitan haid (sinar harian, 2025). Kajian-kajian berkaitan permasalahan haid, cabaran- cabaran yang dihadapi oleh jemaah wanita juga menunjukkan bahawa permasalahan ini dihadapi oleh para jemaah saban tahun dan memerlukan kaedah penyelesaian yang efektif ke arah kemabruran pelaksanaan ibadah haji (Nor Azizah, Fariza, 2024, A”dawiyah, 2024). Dalam hal ini, pihak Bimbingan Tabung Haji telah menyediakan petugas PIHTAS di setiap Maktab di tanah suci bagi membantu jemaah menyempurnakan ibadah haji mereka dengan bimbingan yang sempurna. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bertujuan memahami pengalaman, persepsi, dan pandangan mendalam daripada informan mengenai isu yang dikaji. Pendekatan kualitatif dipilih kerana ia sesuai untuk meneliti fenomena sosial secara terperinci melalui proses interaksi serta temu bual yang memberi ruang kepada makna tersirat. Seramai enam orang informan telah dipilih secara persampelan bertujuan ( purposive sampling ). Pemilihan informan dibuat berdasarkan kriteria tertentu yang relevan dengan objektif kajian. Kriteria tersebut termasuk latar belakang pengalaman, keterlibatan secara langsung dalam membimbing jemaah haji di tanah suci, serta kesediaan mereka untuk berkongsi maklumat secara terbuka. Jumlah enam orang informan dianggap memadai bagi kajian kualitatif berskala kecil kerana ia membolehkan penyelidik mendapatkan data yang kaya dan mendalam tanpa menjejaskan ketepuan data, Semua maklumat peribadi informan dirahsiakan dengan menggunakan kod seperti I, 2 hingga 6 bagi menggantikan nama sebenar. Data temu bual dikumpul melalui temubual separa berstruktur dianalisis menggunakan kaedah analisis tematik bagi mengenal pasti tema utama berkaitan peranan dan keperluan PIHTAS Wanita. Analisis dilakukan secara manual bagi memudahkan perbandingan antara informan.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=