E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 165 kalangan pemain industri ini. Namun, usaha telah dilakukan oleh pihak Tabung Haji khususnya dengan menyediakan chatbox dalam laman e-Bimbingan di mana orang awam boleh mengemukakan persoalan dan mendapat respon segera daripada AI yang diberikan nama Haji Adam. Walau bagaimanapun, interaksi AI berkenaan masih lagi belum dibuka secara lebih luas apabila Haji Adam hanya dapat memberikan jawapan persoalan secara kolektif (respon terhad) bukan interaktif (Lembaga Tabung Haji, 2025). Penyedia perkhidmatan umrah dan haji, Azzuha Group Travel & Tours (Azzuha) juga turut membangunkan aplikasi kecerdasan buatan (AI) yang dikenali sebagai e-Azzuha. Para jemaah lebih mudah membuat urusan secara terus dengan AI e-Azzuha seperti memuat naik dan memuat turun dokumen, menyerah dan menerima surat pengesahan, insurans dan visa yang akan dijana secara automatik, tanpa perlu datang ke pejabat. Selain itu, aplikasi ini juga turut memudahkan para jemaah melaporkan kecemasan, menunjuk arah atau lokasi tempat penginapan, tempat menunggu bas dan sebagainya (Sinar Harian Online, 2024). Cabaran Bimbingan Haji dan Umrah Dalam Era AI Kelemahan AI Memahami Konteks Ibadah AI sering gagal membezakan antara dakwah mendidik dengan ucapan kebencian atau ekstremisme. Dalam bimbingan haji dan umrah, risiko ini muncul apabila istilah seperti “jihad”, “syirik”, atau “bid‘ah” digunakan untuk tujuan pendidikan, tetapi ditandai sebagai kandungan berbahaya oleh sistem automasi AI. Begitu juga sistem AI tidak akan memahami fiqh ibadah dengan betul atau mengabaikan kepelbagaian pandangan secara mazhab khususnya dalam isu fatwa. Sekatan Ruang Digital untuk Pendidikan Agama AI boleh menyebabkan idea atau hujah para pendakwah dikeluarkan daripiada platform ( de-platforming ), iaitu kehilangan akses kepada akaun pendakwah tertentu akibat sekatan ( ban ). Jika platform bimbingan haji dan umrah berasaskan media sosial atau aplikasi yang dibangunkan secara komersial seperti TH, sebarang sekatan oleh AI boleh mengganggu penyampaian maklumat penting kepada jemaah yang disasarkan. Bias Algoritma dan Penapisan Data AI dilatih menggunakan data yang mungkin berat sebelah terhadap kandungan Islam. Dalam konteks bimbingan haji dan umrah, ini boleh mempengaruhi cara aplikasi menyarankan akses bacaan, fatwa atau amalan sunnah. Kurangnya Ketelusan dan Garis Panduan Bimbingan haji dan umrah memerlukan garis panduan yang sangat tepat dan jelas. Jika AI menggunakan sumber terbuka tanpa semakan, ia boleh menimbulkan keraguan terhadap kesahihan maklumat yang disampaikan oleh petugas atau penceramah yang bergantung 100% kepada AI. Tekanan Politik dan Pihak Yang Berautoriti Ini berlaku apabila aplikasi bimbingan haji dan umrah menggunakan server terbuka, sebarang tekanan politik boleh menghadkan akses jemaah, seperti isu pengeluaran visa, jumlah kouta haji dan pemilihan. KESIMPULAN DAN CADANGAN Kajian ini menunjukkan bahawa pemanfaatan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam bimbingan haji dan umrah di Malaysia masih lagi berada pada peringkat awal dan mempunyai potensi besar untuk diperkembangkan. Inisiatif seperti chatbox Haji Adam oleh Tabung Haji dan aplikasi e-Azzuha membuktikan bahawa AI mampu mempermudah urusan para jemaah, meningkatkan kecekapan perkhidmatan, serta memperluas capaian maklumat kepada masyarakat secara pantas dan mudah. Walaupun begitu, kadar penggunaannya masih terhad kepada fungsi asas seperti respons kolektif dan automasi dokumen, dan belum mencapai tahap interaksi pintar sepenuhnya.
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=