E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 164 menyampaikan dakwah kepada golongan sasar melalui internet khususnya di negara kita. Sememangnya umat Islam di Malaysia tidak ketinggalan dalam menyumbang kepada usaha dakwah secara digital. Laman web, Facebook, Youtube, Streamyard, Tiktok adalah antara platform yang telah berjaya dimanfaatkan dalam usaha ini. Terdapat ribuan video kuliah atau ceramah yang boleh dicapai melalui platform berkenaan hasil rakaman usaha dakwah figura-figura tempatan seperti ustaz Azhar Idrus, ustaz Wadi Anuar dan sebagainya. Malah usaha dakwah digital telahpun menghiasi dunia animasi sejak lebih sedekad dulu lagi. Sebagai contoh siri animasi Upin & Ipin telah mula ditayangkan pada 14 September 2007 oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. Terdapat beberapa siri memaparkan isu berpuasa di bulan Ramadhan bertujuan untuk mendidik kanak kanak agar menghayati dan melaksanakannya dengan sempurna (Faris Azmir Mohd Ghazali & Marzuki Abdullah, 2021). Usaha dakwah digital di negara ini terus melonjak apabila mantan Mufti Wilayah Persekutuan, iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Al-Bakri memperkenalkan dua watak AI yang berperanan sebagai Pegawai Pintar Syariah di bawah platform Maktabah Al-Bakri pada akhir Mei 2025. Kedua-dua AI Dr. Munir dan AI Dr. Munirah dilatih menjawab lebih 9,000 persoalan-persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat yang ada dalam pangkalan data aplikasi Al-Inarah (Roskhoirah Yahya, 2025). Walau bagaimanapun, penglibatan AI dalam aktiviti dakwah turut mendapat perhatian pengkaji yang mempersoalkan isu sekatan dan ketelusan algoritma AI. Sistem AI dilihat sering gagal memahami konteks keagamaan, menyebabkan kandungan Islamik yang sah pula disekat atau disalah tafsir sebagai berisiko (Ahmad Hamdani & Ahmad Akmal, 2025). Gorwa, Binns & Katzenbach (2020) pula membincangkan cabaran teknikal dan politik dalam automasi penapisan kandungan dan bagaimana keputusan algoritma sering kali bergantung kepada polisi platform. Begitu juga Zhang (2025) menyatakan kebimbangan bagaimana AI generatif boleh menyuntik bias dalam pendidikan agama dan pembelajaran kefahaman agama (Zhang, Song, & Liu, 2025). Isu ini sangat relevan dalam konteks bimbingan haji dan umrah kerana penyampaian hukum hakam berkaitan rukun, perkara wajib, syarat sah ibadah tertentu serta kupasan isu-isu semasa berkaitan ibadah ini memerlukan ketepatan serta disiplin ilmu syariah yang lebih teliti. METODOLOGI Kajian ini menggunakan pendekatan kajian kepustakaan digital. Semua maklumat diperoleh daripada sumber dalam talian seperti artikel jurnal berwasit, buku digital, laporan rasmi, dan artikel akademik yang relevan. Kaedah ini membolehkan penyelidik mengakses literatur terkini dengan lebih cepat dan luas. Proses carian dilakukan dengan menggunakan kata kunci khusus seperti “isu bimbingan haji dan umrah”, “pemanfaatan AI dalam dakwah” dan “digital Islamic preaching” melalui pangkalan data Google Scholar, Scopus dan repositori universiti. Hanya sumber yang memenuhi kriteria kesahihan akademik dipilih. Penapis masa (2018 – 2025) digunakan bagi memastikan dapatan adalah relevan dan terkini. Setiap sumber yang dipilih dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan tematik, di mana maklumat dikategorikan mengikut tema seperti dakwah digital, penggunaan AI dalam dakwah dan bimbingan haji dan umrah. Hasil analisis disintesis secara naratif bagi menghasilkan perbincangan yang komprehensif dan menyokong objektif kajian. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Kewujudan AI Bimbingan Haji dan Umrah Kajian mendapati pemanfaatan teknologi AI dalam bimbingan haji dan umrah masih belum meluas dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=