E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 163 BIMBINGAN HAJI DAN UMRAH DALAM ERA KECERDASAN BUATAN (AI): CABARAN ATAU PELUANG Zamri bin Rajab ( Corresponding author ) Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan Besut, Terengganu, Malaysia Emelj : zamri@ipgmksm.edu.my ABSTRAK Era Revolusi Industri 4.0 menyaksikan perkembangan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang semakin mempengaruhi pelbagai sektor kehidupan, sama ada kesihatan, ekonomi, politik, sosial dan lain-lain. Bidang pendidikan juga tidak terkecuali termasuk aspek panduan dan bimbingan ibadah haji dan umrah kepada para Jemaah. Artikel ini membincangkan implikasi penggunaan AI dalam bimbingan jemaah haji dan umrah dengan memberi tumpuan kepada dua aspek utama, iaitu cabaran atau peluang. Sekiranya ditelusuri kajian terdahulu, terdapat hujahan bahawa AI berpotensi meningkatkan keberkesanan bimbingan, memperluas capaian kepada maklumat, dan termasuk perkongsian pengalaman dan pembelajaran ibadah. Namun, penggunaan AI juga menimbulkan cabaran kritikal seperti ketidakfahaman konteks agama oleh sistem penapisan, bias algoritma, isu kebebasan beragama yang menodai isu-isu semasa fikah ibadah dan jurang digital dalam kalangan jemaah. Justeru, artikel ini mencadangkan pendekatan strategik agar teknologi AI dimanfaatkan sebagai peluang dalam menangani apa jua cabaran dengan sentuhan insani yang diasaskan kepada nilai-nilai spiritual Islam. Kata kunci: Haji dan Umrah, Kecerdasan Buatan (AI), Bimbingan Ibadah, Pendekatan Strategik. PENDAHULUAN Bimbingan haji dan umrah merupakan salah satu elemen terpenting dalam persediaan ibadah umat Islam. Dalam era digital kini, banyak institusi atau pengelola ibadah haji dan umrah khususnya Tabung Haji melalui laman e- Bimbingan Haji menggunakan aplikasi mudah alih, video interaktif, dan kursus asas malah seminar secara maya bagi meningkatkan kefahaman jemaah sebelum berangkat ke Tanah Suci (Lembaga Tabung Haji, 2025). Kehadiran teknologi kecerdasan buatan (AI) dijangka memperkukuhkan lagi usaha ini dengan menyediakan pelbagai maklumat, panduan bersifat peribadi, simulasi interaktif dan bantuan masa nyata ketika ibadah berlangsung. Namun, penerapan AI juga membawa cabaran baharu, khususnya berkaitan konteks agama dan ketepatan maklumat. Oleh itu, Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan jemaah haji Malaysia supaya tidak menggunakan aplikasi kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT atau bergantung sepenuhnya kepada carian Google dalam mendapatkan panduan berkaitan hukum-hakam ibadah haji dan umrah. Sebaliknya TH menyediakan saluran yang lebih berkesan khususnya pada musim haji di Tanah Suci melalui perkhidmatan e- Taib yang dikendalikan oleh para petugas yang bertauliah dikenali dengan PIHTAS (Bernama, 2025). SOROTAN LITERATUR Menurut Zulkiple Abd Ghani (2021) Malaysia tergolong antara negara umat Islam yang tertinggi dari segi purata jam melayari internet pada setiap hari, iaitu 9 jam 17 minit, diikuti oleh Indonesia (8:52), Turkey (7:57), Arab Saudi (7:45), Mesir (7:36) dan UAE (7:24). Hal ini mewujudkan ruang dan peluang yang besar dalam
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=