E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 157 Rajah 2. Bayaran Kos Haji Sumber: Diolah daripada Laporan Tahunan Tabung Haji(2019-2024) Berdasarkan rajah 2 di atas menunjukkan data tren kos haji, bayaran haji dan bantuan bersasar HAFIS bagi tempoh 2010 hingga 2025, beberapa tren penting dapat dikenal pasti. Pertama, kos sebenar haji menunjukkan peningkatan yang konsisten hampir setiap tahun. Pada tahun 2010, kos sebenar haji hanya sekitar RM13,040, namun angka ini meningkat lebih daripada dua kali ganda dalam tempoh 15 tahun, mencecah RM33,300 pada tahun 2025. Peningkatan ini menggambarkan realiti kos sara hidup di Arab Saudi yang semakin meningkat, termasuk aspek penginapan, pengangkutan, makanan, dan perkhidmatan berkaitan. Kedua, bayaran haji yang dikenakan ke atas jemaah Malaysia kekal jauh lebih rendah berbanding kos sebenar. Sejak 2010 hingga 2019, bayaran haji hanya sekitar RM9,980 hingga RM10,980, dan selepas pandemik COVID-19, ia meningkat sedikit kepada sekitar RM12,920 pada 2022, RM14,870 pada 2023, danRM18,300 pada 2025. Walaupun terdapat kenaikan, jumlah bayaran ini masih tidak sepadan dengan kos sebenar yang ditanggung oleh TH. Hal ini menunjukkan adanya jurang subsidi yang sangat besar (Bernama, 2022). Ketiga, peranan bantuan kewangan haji atau subsidi HAFIS amat ketara dalammenjamin kemampuan bakal jemaah. Sebagai contoh, pada tahun 2019, kos sebenar haji ialah RM22,900, tetapi jemaah hanya membayar RM9,980, manakala selebihnya ditanggung oleh subsidi TH. Situasi ini berterusan sehingga 2025, di mana walaupun kos sebenar mencecah RM33,300, bayaran jemaah hanya RM18,300. Ini bermakna hampir separuh daripada kos masih ditanggung melalui mekanisme subsidi. Keempat, tahun 2020 dan 2021 merupakan pengecualian khusus kerana pelaksanaan ibadah haji terhenti akibat pandemik COVID-19. Data menunjukkan tiada bayaran, subsidi atau kos dicatatkan dalam tempoh tersebut. Walau bagaimanapun, bermula 2022, kos kembali meningkat secara mendadak, seiring dengan pelaksanaan prosedur operasi baharu (SOP) pasca pandemik (Mohd Nazri, 2022). Analisis keseluruhan ini menjelaskan bahawa istiṭā‘ah kewangan jemaah dalam menunaikan ibadah haji sangat bergantung pada sistem subsidi TH. Tanpa subsidi, sebahagian besar bakal jemaah, khususnya daripada kelompok berpendapatan rendah dan sederhana, berkemungkinan besar tidak berupaya menunaikan haji. Justeru, mekanisme bantuan kewangan ini bukan sahaja menjadi faktor penentu kepada kelayakan istiṭā‘ah , tetapi juga mencerminkan peranan penting institusi kewangan Islam dalam menjaga maslahat umat (Nurliyana Farhan, 2025). Hal ini menuntut strategi simpanan peribadi yang lebih sistematik serta pelaksanaan bantuan subsidi(HAFIS) benar-benar membantu golongan berpendapatan rendah. Ketiga: Tabungan Haji Yang Tidak Konsisten Tabungan haji yang tidak konsisten merupakan salah satu cabaran utama dalam aspek kemampuan kewangan ( istiṭā‘ah māliyyah ) bagi umat Islam di Malaysia. Walaupun pembukaan akaun Tabung Haji telah dipermudahkan dengan hanya memerlukan simpanan minimum sebanyak RM1,300 untuk pendaftaran, hakikatnya ramai bakal

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=