E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 156 Namun, pergantungan penuh kepada subsidi menimbulkan risiko dari sudut kelestarian kewangan Tabung Haji dalam jangka panjang. Jadual 1. Bantuan/Subsidi Haji (HAFIS) Mengikut Kategori B40, M40 dan T20 PadaTahun 2022 – 2025 Tahun Kos Haji (RM) Bantuan (RM) Bayaran Haji(RM) B40 M40 T20 B40 M40 T20 2022 28632 17,652 15,652 15,652 10,980 12,980 12,980 2023 30,850 19,870 14,870 Tiada 10,980 15,980 30,850 2024 33,300 20,944 14,148 Tiada 12,356 19,152 33,300 2025 33,300 18,300 9,800 Tiada 15,000 23,500 33,300 Sumber: Data&Statistik Haji(HFIS) Portal TH Rajah 1 di atas menunjukkan bantuan subsidi haji (HAFIS) mengikut kategori B40, M40 dan T20 pada tahun 2022 – 2025. Penilaian semula subsidi haji yang dilaksanakan oleh Tabung Haji (TH) antara tahun 2022 hingga 2025 bukan sahaja menggambarkan perubahan dasar kewangan institusi, tetapi turut memberi kesan langsung terhadap tahap kebergantungan jemaah haji kepada bantuan subsidi tersebut. Sejak sekian lama, majoriti bakal jemaah haji di Malaysia, khususnya daripada golongan B40 danM40, sangat bergantung kepada subsidi yang disediakan TH kerana kos sebenar haji yang semakin meningkat saban tahun jauh melebihi kemampuan kebanyakan mereka. Misalnya, pada tahun 2022, walaupun kos sebenar haji berjumlah RM28,632, jemaah B40 hanya perlu membayar RM10,980 manakala selebihnya ditanggung oleh subsidi. Situasi ini menunjukkan wujudnya ketergantungan tinggi kepada bantuan subsidi yang disalurkan. Namun begitu, penilaian semula subsidi yang dijalankan TH telah mengurangkan jumlah subsidi bagi M40 dan menghapuskan sepenuhnya subsidi kepada T20 mulai tahun 2023. Rasionalisasi ini secara tidak langsung mendorong jemaah daripada kategori berpendapatan pertengahan dan tinggi untuk menanggung kos sebenar ibadah haji dengan sumber kewangan sendiri, sekali gus mengurangkan kebergantungan penuh kepada TH. Langkah ini menandakan satu peralihan dasar daripada model subsidi menyeluruh kepada subsidi bersasar , di mana hanya golongan yang benar- benar memerlukan iaitu B40 terus menikmati bantuan besar. Dari perspektif maqasid syariah, dasar ini sejajar dengan prinsip ḥifẓ al - māl (pemeliharaan harta) dan keadilan sosial kerana ia memastikan dana umat Islam dalam Tabung Haji diagihkan secara lebih adil dan berfokus. Dalam masa yang sama, pengurangan subsidi secara berperingkat kepada M40 dan penghapusan kepada T20 berfungsi sebagai mekanisme untuk mendidik masyarakat agar tidak terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan atau institusi, sebaliknya berusaha membuat persediaan kewangan sendiri sebelummenunaikan ibadah haji. Walau bagaimanapun, hakikat bahawa B40 masih menerima subsidi yang besar membuktikan bahawa sebahagian besar jemaah haji di Malaysia kekal bergantung kepada sokongan kewangan ini, dan tanpa subsidi tersebut, peluang mereka menunaikan haji mungkin menjadi semakin terbatas. Fenomena kebergantungan yang terlalu tinggi terhadap subsidi ini menimbulkan persoalan dari sudut konsep istiṭā‘ah yang sebenar. Menurut syariat Islam, kewajipan haji hanya tertanggung ke atas mereka yang benar-benar mampu dari segi fizikal, mental, dan kewangan. Namun, apabila sebahagian besar jemaah hanya mampu menunaikan haji kerana adanya subsidi, ia menimbulkan dilema sama ada mereka benar-benar menepati syarat istita‘ah atau sekadar ‘dipermampukan’ oleh dasar kewangan TH. Penilaian semula subsidi oleh TH dapat dilihat sebagai usaha mengurangkan ketergantungan ini dan mengembalikan kefahaman masyarakat bahawa haji ialah ibadah yang memerlukan persiapan menyeluruh, terutamanya aspek kewangan. Dengan mengurangkan subsidi kepada M40 dan menghapuskan subsidi kepada T20, TH seolah-olah ingin mendidik masyarakat agar tidak meletakkan subsidi sebagai syarat utama untuk berangkat haji.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=