E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 154 2004) secara umumnya terdapat lima jenis keupayaan yang perlu dipenuhi oleh semua orang lelaki dan wanita iaitu: Bekalan ( Pengangkutan ( ) Kesihatan Badan ( ) Keselamatan dalam Perjalanan ( ) Kesempatan masa ( ) Kemampuan kewangan secara umumnya berkaitan langsung dengan syarat pertama dan kedua iaitu bekalan dan pengangkutan ( ) yang menjadi kelaziman dalam kalangan ulama menyebut dua perkara ini apabila membahaskan syarat wajib menunaikan haji. Penjelasan hadith yang diriwayatkan oleh (Ibn Majah, 2000) sebagaimana berikut: Terjemahan: Ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah al-sabil? Baginda menjawab: ”Bekalan dan pengangkutan” Hadith di atas menjadi dalil utama fuqaha dalam menerangkan maksud sabila ( ) dalam surah Ali Imran dalam persediaan menunaikan haji. Kemampuan kewangan bukan sahaja terbatas kepada pemilikan sejumlah wang, bahkan ia merangkumi keseluruhan perbelanjaan yang diperlukan bagi memastikan kelancaran perjalanan menunaikan ibadah tersebut. Antara aspek yang termasuk dalam kemampuan ini ialah kos perjalanan pergi dan balik, perbelanjaan penginapan, makanan, serta keperluan asas lain sepanjang berada di tanah suci. Selain itu, ia juga meliputi perbelanjaan khusus yang berkaitan dengan ibadah haji seperti bayaran dam, korban, dan perkhidmatan bimbingan (al- Nawawī, 2000). Dalam masa yang sama, seseorang yang ingin menunaikan haji wajib memastikan bahawa ahli keluarga atau tanggungan yang ditinggalkan berada dalam keadaan terjamin dari sudut nafkah, agar ketiadaannya tidak menjejaskan kelangsungan hidup mereka (Ibn Qudāmah, 1997). Hal ini menegaskan bahawa istiṭā‘ah kewangan bukan sekadar mencukupi untuk diri sendiri, tetapi turut merangkumi keperluan pihak yang berada di bawah tanggungannya (al- Zuḥaylī, 2002). Terdapat beberapa pandangan ulama’ kontemporari terhadap maksud kemampuan kewangan antaranya mentafsirkan kemampuan kewangan sebagai “merangkumi kemampuan untuk membiayai kos perjalanan pergi dan balik, penginapan, makanan, minuman, dan segala keperluan asas lain di Tanah Suci dengan syarat perbelanjaan tersebut tidak menjejaskan kemampuan untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungan selepas pulang." (Majlis Fiqh al-Islami, 1989). Bagi (al-Zuhaili, 2002) kewangan termasuk memiliki tambang pengangkutan, kos penginapan yang sesuai, perbelanjaan sara hidup, dan bayaran perkhidmatan yang diperlukan". Manakala (al- Qaradawi, 2000) menyatakan " Istiṭā'ah kewangan tidak boleh disempitkan pengertiannya sekadar memiliki wang untuk tambang penerbangan semata-mata, bahkan ia merangkumi keseluruhan kos yang diperlukan bagi memastikan ibadah haji dapat dilengkapkan dengan sempurna berdasarkan realiti ekonomi semasa." Majlis fatwa mesir telah menyatakan juga " Istiṭā'ah kewangan bermaksud kemampuan menyediakan dana untuk semua keperluan asas haji termasuk perkhidmatan yang diperlukan di Tanah Suci" (Dar al-Ifta' Mesir, 2010) Dalam konteks fiqh kontemporari, istiṭā'ah kewangan diterjemahkan sebagai keupayaan bakal jemaah menyediakan sejumlah dana untuk menampung kos asas ibadah haji, termasuk tambang penerbangan, penginapan, makan minum, dan bayaran perkhidmatan di Tanah Suci. Berdasarkan tafsiran ini, bakal jemaah hanya dianggap layak menunaikan haji apabila mereka mempunyai simpananmencukupi dalam akaun TH serta lulus penilaian kesihatan. Justeru, dapat disimpulkan bahawa aspek kewangan merupakan faktor dominan yang membezakan antara mereka yang wajib dengan mereka yang masih belum diwajibkan menunaikan haji. PERANAN TABUNG HAJI Di Malaysia, Lembaga Tabung Haji (TH) memainkan peranan penting sebagai institusi kewangan Islam yang mendepani keperluan umat Islam dalam aspek istiṭā’ah kewangan. Melalui sistem simpanan yang patuh syariah, TH menyediakan platform untuk umat Islam menabung secara konsisten sejak awal. Akaun simpanan haji menjadi kaedah utama untuk mengumpul dana yang berteraskan kontrak Wakalah. Menurut Kahf, kontrak Wakalah merupakan satu mekanisme yang boleh diaplikasikan dalam pelbagai amalan kewangan, termasuk pelaburan, pembelian, penjualan, dan aktiviti transaksi lain (Monzer, 2019). Selaras dengan prinsip ini, Tabung Haji (TH)
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=