E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 153 ) Antaranya penyelidikan oleh (Mohd Nazri Chik, 2016) menekankan bahawa kenaikan kos haji menuntut strategi kewangan yang lebih sistematik, manakala kajian oleh Zulkifli Hasan (2018) menegaskan peranan Tabung Haji dalam menyediakan instrumen simpanan dan subsidi bagi memastikan umat Islam Malaysia dapat memenuhi syarat istiṭā’ah . Selain itu, dapatan kajian oleh Nor Aini Ali (2020) mendapati bahawa perancangan kewangan awal menjadi faktor kritikal yang membezakan kemampuan bakal jemaah haji antara golongan berpendapatan rendah, sederhana, dan tinggi. Selain itu, isu kewangan dalam melaksanakan ibadah haji turut mendapat perhatian dalam sidang Dewan Rakyat berkenaan dengan isu warga tua yang terpilih menunaikan ibadah haji tetapi terpaksa menolak tawaran haji kerana kesulitan kewangan (Parlimen Malaysia, 2019). Hal ini turut dipaparkan dalammedia, apabila Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengerusi Tabung Haji, mendedahkan bahawa kadar simpanan yang rendah memberi kesan langsung kepada para pendeposit. Menurut beliau, kira-kira separuh daripada pendeposit yang menerima tawaran menunaikan haji setiap tahun terpaksa menolak atau menangguhkan giliran mereka, meskipun bantuan kewangan haji telah disediakan (Astro Awani, 2028). Hal yang sama juga turut menyatakan sejumlah 50 peratus jemaah haji 2025 terpilih telah menolak tawaran tunai haji kerana masalah kewangan dan 53 peratus daripa 9.6 juta pendeposit TH mempunyai simpanan kurang RM1,300 iaitu syarat minima untuk mendaftar haji (Siaran Media Tabung Haji, 2025). Oleh yang demikian, secara keseluruhannya, kewangan terbukti menjadi asas utama istiṭā‘ah dalam ibadah haji. Tanpa persediaan kewangan yang teratur, niat dan peluang menunaikan haji sekalipun sering terbatas oleh kekangan ekonomi. . METODOLOGI Metodologi kajian ini dibina berasaskan reka bentuk kualitatif deskriptif dengan sokongan analisis kuantitatif bagi meneliti peranan kewangan sebagai asas utama istiṭā’ah dalam ibadah haji. Pendekatan ini dipilih kerana kajian bukan sahaja menuntut analisis teks syariah dan pandangan fuqaha’, malah memerlukan penilaian terhadap data kos haji yang sebenar. Pengumpulan data dilakukan melalui kajian perpustakaan, dokumentasi rasmi, serta rujukan atas talian yang sahih, manakala analisis data dijalankan menggunakan kaedah kandungan tematik dan analisis deskriptif kuantitatif. Bagi menjamin kesahihan dan kebolehpercayaan dapatan, prinsip triangulasi diaplikasikan dengan menggabungkan sumber primer dan sekunder yang berautoriti seperti al- Qur’an, hadith, kitab fiqh, Laporan Tabung Haji, serta kajian akademik. Walau bagaimanapun, kajian ini turut mengakui keterbatasan dari sudut fokus yang hanya meneliti aspek kewangan dalam konteks umat Islam di Malaysia. Rumusannya, metodologi yang digunakan adalah sesuai dan seimbang, kerana ia menghubungkan tuntutan syariah dengan kos semasa haji. Dengan itu, dapatan kajian diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas, sahih, dan relevan tentang kewangan sebagai asas utama dalam penentuan istiṭā’ah haji. ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Konsep Istita’ah Kewangan dalam Ibadah Haji Istiṭā’ah ( atau berkemampuan dalam ibadah haji merupakan salah satu daripada syarat wajib haji selepas Islam, baligh, berakal dan merdeka. Firman Allah SWT: ۚ ال َ بلهََ سَبَي ِ إَ بستَطَاعَ مَنَ ٱ بلَۡ بيتَ عََلَ ٱلنهاسَ حَج ٱ هللِ َِ َ و Terjemahan: Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. (Surah Ali Imran 3:97) Pentafsiran khitab ‘ istiṭā’ah’ yang terdapat dalam ayat di atas mengkhususkan kewajipan haji ke atas orang yang mampu menunaikannya. Perbahasan ulama’ mengenai bilangan jenis kemampuan yang disyaratkan (Al -Syirazi,

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=