E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 15 menuntut sistem bimbingan yang bukan sahaja sistematik, tetapi juga responsif terhadap cabaran kontemporari seperti kepelbagaian tahap literasi agama, perbezaan latar belakang sosial, serta keperluan psikospiritual dan logistik yang kompleks. Pendidikan Islam, Andragogi, dan Bimbingan Haji Dari perspektif pedagogi Islam, bimbingan haji bukanlah sekadar penyampaian ilmu berbentuk kognitif, tetapi suatu proses tarbiah bersepadu yang merangkumi dimensi afektif (emosi, akhlak, spiritual) dan psikomotor (kemahiran praktikal). Ahmad dan Hamid menegaskan bahawa pendidikan Islam menuntut keserasian antara ilmu (ʿilm), amal (ʿamal), dan hikmah (hikmah), yang semuanya tercermin dalam pengalaman ibadah haji.^3 Hal ini sejajar dengan konsep andragogi oleh Knowles, yang menekankan pembelajaran orang dewasa berasaskan pengalaman, keperluan praktikal, dan motivasi intrinsik.^8 Oleh kerana majoriti jemaah haji adalah golongan dewasa dan warga emas, pendekatan bimbingan perlu berorientasikan pengalaman lapangan (experiential learning) dan tidak boleh hanya berpusat pada kuliah teori. Model bimbingan yang terlalu berfokus pada penyampaian kognitif berisiko gagal membentuk jemaah yang resilien di lapangan, terutama dalam menghadapi krisis, tekanan mental, dan cabaran logistik. Sebaliknya, penggabungan pendekatan tarbiah Islam dengan teori pendidikan moden dapat memperkukuh lagi keberkesanan PEKTA, kerana ia menyatukan aspek spiritual dengan prinsip pembelajaran dewasa yang lebih interaktif dan praktikal. Kritikan terhadap Model E-Learning Haji Antarabangsa Dalam landskap global, beberapa negara telah memperkenalkan inovasi digital dalam bimbingan haji, namun masing-masing mempunyai kelebihan dan keterbatasan. Indonesia, misalnya, memperkenalkan aplikasi “Haji Pintar” yang menyediakan maklumat logistik, pandu an manasik, dan interaksi maya.^4 Walaupun ia meningkatkan akses maklumat, kelemahannya ialah kurang menekankan interaksi spiritual bersemuka serta aspek tarbiah yang mendalam. Turki pula menekankan pendekatan e-learning berinstitusi dan penggunaan Virtual Reality (VR) dalam simulasi manasik haji. Kajian Sulaiman et al. mendapati bahawa simulasi VR membantu meningkatkan kefahaman praktikal jemaah dan mengurangkan kesalahan teknikal.^5 Namun, cabarannya ialah kos pelaksanaan yang tinggi, kebergantungan kepada infrastruktur digital berskala besar, serta isu kebolehaksesan bagi golongan warga emas dan berpendapatan rendah. Maghribi pula melaksanakan pendekatan AI-driven chatbot untuk menjawab persoalan fiqh serta penggunaan data analytics bagi memetakan tahap kefahaman jemaah.^6 Model ini menunjukkan keberkesanan dalam memperibadikan pembelajaran (personalized learning), tetapi pada masa sama menimbulkan persoalan tentang keabsahan fatwa yang diberikan secara automatik, risiko bias algoritma, serta isu kepercayaan jemaah terhadap jawapan tanpa sentuhan insani. Kajian perbandingan ini menunjukkan bahawa walaupun setiap model mempunyai kekuatan tersendiri, tiada satu pun yang benar-benar menyatukan aspek tarbiah rohani, pengalaman praktikal, dan teknologi pintar secara seimbang. Justeru, Malaysia melalui inisiatif PEKTA (Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air) berpotensi mengisi kekosongan tersebut dengan pendekatan hibrid yang lebih holistik. Kerangka Teori: Integrasi Tarbiah, Andragogi, dan Penerimaan Teknologi Kerangka teori kajian ini berpaksikan gabungan antara tradisi pendidikan Islam dan teori moden pembelajaran dewasa serta teknologi:

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=