E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, Malaysia, 7-8 Oktober 2025 14 PEKTA: MODEL KHIDMAT ELIT TARBIYAH HAJI ERA AI Norshila binti Jamal Tabung Haji Malaysia, PEKTA Tabung Haji Emel: shila5252@gmail.com ABSTRAK Kertas kerja ini mengemukakan kerangka strategik pembangunan PEKTA (Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air) sebagai model inovatif bimbingan haji pada era kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI). Dalam konteks global, ibadat haji bukan sahaja melibatkan rukun dan syarat yang bersifat ritual, tetapi juga pengurusan berjuta jemaah daripada pelbagai latar belakang budaya, usia, dan tahap kefahaman. Cabaran ini semakin kompleks pascapandemik apabila jemaah lebih celik maklumat, bergantung kepada teknologi, serta menuntut pendekatan latihan yang lebih interaktif. Namun, sistem bimbingan haji di kebanyakan negara Islam masih bergantung kepada kaedah konvensional yang statik, berpusatkan kuliah sehala, dan kurang integrasi teknologi pintar. Hal ini mewujudkan jurang antara keperluan semasa jemaah dengan kemampuan pembimbing untuk menyampaikan bimbingan berskala besar, mesra pengguna, dan bersifat adaptif. Justeru, kertas kerja ini mencadangkan satu model PEKTA berfasa yang menekankan penguasaan ilmu fiqh haji, pembangunan psikospiritual, literasi teknologi, serta latihan simulasi prestasi berasaskan senario lapangan.Metodologi kajian ini berasaskan pendekatan kualitatif melalui kajian tindakan, pemerhatian lapangan selama tiga musim haji (2022–2024), temu bual separa struktur bersama tenaga PEKTA dan pengurus sektor Tabung Haji, serta analisis dokumen rasmi latihan haji di Malaysia dan negara Islam lain (Indonesia, Turki, Maghribi). Dapatan kajian menunjukkan kekuatan PEKTAdalam komitmen spiritual dan disiplin lapangan, namun berdepan cabaran jurang digital, kelemahan sistem merit, serta kekurangan modul pengurusan krisis. Kertas ini mencadangkan pelaksanaan pelan latihan berfasa dengan integrasi Learning Management System (LMS), chatbot ibadah, simulasi maya (VR/AR), serta penilaian kompetensi berasaskan AI. Dengan penggabungan dimensi tarbiah, latihan praktikal, dan teknologi pintar, PEKTA berpotensi menjadi model bimbingan haji AI-driven yang bukan sahaja relevan di Malaysia, malah berfungsi sebagai rujukan antarabangsa dalam memperkasa pendidikan ibadah haji. Kata kunci: Hajj Guidance, PEKTA, Artificial Intelligence, Training Model, Digital Transformation. PENDAHULUAN Ibadat haji merupakan rukun Islam kelima yang menempati kedudukan istimewa dalam hierarki ibadah umat Islam. Ia bukan sahaja merupakan kewajipan ritual, tetapi juga simbol kesatuan spiritual dan sosial yang mempertemukan umat dari seluruh dunia dalam satu ruang dan waktu. Menurut Yusuf al-Qaradawi, haji berfungsi sebagai madrasah tarbiah yang menyatukan dimensi ritual dengan dimensi insani, di mana jemaah diuji dalam aspek kesabaran, disiplin kolektif, dan pengorbanan.^1 Justeru, ibadat ini memerlukan sistem sokongan yang menyeluruh bagi memastikan setiap jemaah dapat menunaikannya dengan penuh kefahaman, tertib, dan penghayatan. Setiap tahun, dianggarkan lebih 2.5 juta umat Islam dari seluruh dunia menunaikan ibadat haji, menjadikannya salah satu perhimpunan tahunan terbesar dunia. Malaysia pula diberikan kuota haji sebanyak 31,600 orang jemaah untuk musim haji 1446H/2025M, menurut Tabung Haji.^2 Skala ini
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=