E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 148 mengesahkan bahawa semakin baik nilai kompetensi mutawwif terbabit semakin meningkat prestasi kerja mutawwif itu. Seterusnya NOSS ini dijadikan penanda aras kepada semua mutawwif bagi menjadikan mereka lebih kompetitif dalam kerjaya mereka. Kajian turut mencadangkan supaya kerajaan serta badan berkaitan menganjurkan seminar dan latihan tambahan untuk meningkatkan tahap kualiti serta professionalisme perkhidmatan pengurusan umrah haji. METODOLOGI Dalam mengenal pasti agensi dan badan berautoriti yang berkuasa pada profession mutawwif, kaedah kajian secara kualitatif diadakan. Pendekatan ini diambil bagi kajian kerana ia prosedur penyelidikan yang menghasilkan data serta gambaran yang boleh diamati. Selain itu, ia juga penyelidikan yang dilakukan terhadap satu kesatuan system samada yang berbentuk program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat,waktu dan hubungan yang tertentu. kaedah disusun dalam kajian ini bagi memperoleh data secara kualitatif. Yang pertama adalah melalui kajian perpustakaan dimana pencarian dilakukan pada bahan bacaan yang menjadi dua rujukan utama iaitu yang utama rujukan Quran, hadis serta buku-buku yang berautoriti. Yang kedua adalah pengumpulan data melalui kaedah temubual separuh struktur. Pengkaji akan menyediakan soalan serta panduan yang akan ditanya. Soalan ini berkaitan pada tema tertentu yang telah dikenal pasti oleh pengkaji mengikut kesesuain waktu dan sebagainya. Senarai pemberi maklumat adalah seperti berikut:- Pemberi maklumat Justifikasi Pengarah Travel Agensi Umrah Berpengalaman hamper 15 tahun dalam bidang mutawwif dan merupakan lulusan Timue Tengah. Bertanggungjawab terhadap syarikat travel agensi umrah dan semua staf dibawahnya. Pengkursus Haji Tanah Air Berpengelaman hamper 15 tahun dalam bidang mutawwif dan masih berkhidmat bersama pelbagai travel agensi umrah disamping tugas sebagai PEKTA Mutawwif baru Mengambil kira pandangan mutawwif baru dan apa pandangan selepas bertugas dalam bidang ini ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN Senario perkembangan semasa yang berlaku di Malaysia adalah tanggungjawab badan yang menguruskan ibadah umrah adalah sepenuhnya diletakkan dibawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC). Manakala Akta Industri Pelancongan 1992 (AIP 1992 ) viii pula adalah akta rasmi yang digunakan oleh MOTAC terhadap semua syarikat travel dari segi pengurusan, pembelian tiket dalam dan luar negara.Setakat ini, MOTAC tidak membezakan antara syarikat pelancongan umrah dengan syarikat pelancongan yang lain kerana fungsinya sama iaitu menguruskan pelancongan ke luar negara. Dalam langkah menangani penipuan yang melibatkan ibadah umrah, MOTAC menubuhkan Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU). Fungsi utama adalah bagi menyelaras dan mengawal selia perkara-perkara yang berhubung dengan pengendalian pakej umrah bagi mengelakkan terjadinya kes penipuan.Selain itu, MKSU juga adalah pusat sehenti dan menjadi saluran bagi penyelesaian aduan yang berkaitan dengan pengendalian pakej umrah.Akta yang berkaitan bagi MKSU adalah Peraturan 6(1A)(a) Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482 ). ix Dari pihak Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), jabatan ini telah melaksanakan Kursus Peningkatan Khas Umrah (USEC) yang berperanan menyediakan latihan keperluan bagi kesemua individu yang terlibat dalam pengurusan serta organisasi ibadah umrah. Ia bagi meningkatkan tahap kesediaan kepada tahap maksimun para

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=