E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 147 makanan di hotel, pengurusan kenderaan dan sebagainya. OBJEKTIF KAJIAN Mengkaji permasalahan yang dihadapi oleh para mutawwif, segala jenis masalah diambil cakna dan dicatat bagi mencari cara menyelsaikannya. Mengenal pasti keperluan bagi menubuhkan badan berautoriti bagi mutawwif bernaung, bagi gesaan mewujud badab berkuasa disisi kerajaan. Mengenal pasti prosedur pelantikan profession mutawwif di Malaysia secara rasmi, bagi menyelaras cara pemilihan dan lantikan mutawwif. Memberi kesedaran kepada kerajaan dan mutawwif akan kepentingan badan berautoriti terbabit, kesan jangka panjang dan memberi efek kepada kehidupan mutawwif. SOROTAN LITERATUR Kajian oleh Ahmed Sheikh dan Ariffin Abdul mengenai pembangunan aplikasi yang dinamakan Personal Digital Mutawwif. Aplikasi ini mengguna pakai A-GPS dalam telefon mudah alih android bagi membantu jemaah serta mutawwif dari segi lokasi. Selain itu ia juga turut mempunyai kandungan seperti pelaksanaan ibadah haji, teks doa dalam Bahasa arab serta terjemahan dalam Bahasa melayu disamping audio-audio bagi bacaan doa dan zikir yang menggunakan Java 2 PlatformMicro Edition. literature review is a comprehensive summary and analysis of existing research on a specific topic. It involves identifying, evaluating, and synthesising previous studies, theories, and arguments in the field. Literature reviews are typically found in research papers, theses, dissertations, and reports, helping to frame the research question and methodology. Pada kajian yang dilakukan oleh Sabri Sahrir dan Firdaus Yahaya membawa impak positif dalam kalangan mutawwif mengenai aplikasi i-Mutawwif. Ia sangat membantu para mutawwif terutama dalam kosa kata Bahasa arab yang berkaitan dalam perlakuan ibadah umrah. Padanya juga terdapat frasa yang ringkas bagi memudahkan komunikasi dalam pelbagai situasi yang berkaitan. Pelaksanaan percubaan aplikasi ini telah dijayakan bersama- sama 30 orang mutawwif yang dipilih dan 20 orang pelajar Institut Professional Baitul Mal. Kajian yang dibuat oleh Firdaus Khiari,Siti Rokiah & Fakhratu Naimah mengenai tahap kepuasan jemaah terhadap pengurusan ibadah umrah oleh Juara Travel. Pada kajian ini memberi focus kepada enam aspek penilaian jemaah terhadap mutawwif iaitu pengetahuan yang luas dalam bidang agama, memberi respond pada soalan yang ditanya, membimbing jemaah melaksanakan ibadah umrah dengan tertib, mampu memberi khidmat nasihat serta kaunseling, boleh menyelesaikan permasalahan ibadah umrah dan mutawwif seorang yang peramah serta sopan. Pada keseluruhannya jemaah berpuashati dengan khidmat dari mutawwif dengan memberikan skala 4.59 dari jumlah 5. Dalam perkembangan pada garis panduan untuk kelayakan sebagai mutawwif di Malaysia, satu kajian telah dibuat oleh Khairul Anuar dan Nik Abdul Rahim. Dalam kajian ini memberi 7 intipati utama bagi membolehkan seseorang individu menjadi seorang mutawwif. Antaranya, kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa arab disamping pernah menunaikan ibadat umrah. Selain itu, kemahiran kepimpinan, mempunyai ketahanan mental mengurus jemaah, berpengetahuan luas dalam ilmu umrah haji, mempunyai tauliah mengajar agama, dan menghadiri kursus mutawwif. Kepincangan yang dapat disimpulkan apabila tiada akta serta enakmen khusus terhadap kerjaya mutawwif menyebabkan pengurusan nya tidak sekata dan kacau bilau selain pengurusan umrah itu sendiri perlu diletak dibawah bidang kuasa agama dan bukan diselitkan pada badan tertentu seperti sekarang yang tidak memahami secara penuh pelaksanaan ibadah umrah. Mohd Sabri dan Noor Raudhiah telah membuat kajian dalam mengetahui tahap kompetensi serta hubung kaitnya pada prestasi seseorang mutawwif. Instrumen utama sebagai tunjang dalam kajian ini adalah NOSS yang dibangunkan pada Sijil Kemahiran Malaysia dari Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Hasil utama

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=