E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 149 pengendali syarikat umrah di Malaysi a. x Ini adalah antara penemuan yang mengejutkan apabila sebenarnya kita sedar bahawa yang sebenarnya pengurusan mengenai ibadah umrah langsung tidak ditadbir oleh mana-mana pihak berkuasa agama sama ada di peringkat persekutuan atau negeri walhal perlakuan umrah ini bukan aktiviti pelancongan tetapi ibadah. Adalah wajar bagi Tabung Haji dan JAKIM bertindak sebagai pihak berkuasa yang mengawal selia semua urusan umrah dari pihak pengendali, kewangan hinggalah kepada tadbir urus mutawwif . Salah satu fakta yang mengejutkan juga apabila tiada akta langsung untuk melindungi mutawwif mahupun ibadah umrah itu kerana Akta Tabung Haji hanya berkisar kepada skop perundangan bagi mentadbir hal berkaitan haji dan bukan meliputi perihal umra h. xi Industri yang semakin berkembang ini amat bagus. Jadi penyatuan itu amat diperlukan bagi mewujudkan keselarasan. Tidak mengikut fikrah masing-masing tetapi mengutamakan keikhlasan dalam tugas melayan teatmu Allah. Amat wajar semua mutawwif bernaung dibawah satu badan induk utama di pihak kerajaan kerana hanya pihak kerajaan dapat mengaplikasikan tanpa sebarang bantahan. Badan atau kerajaan tersebut seumpama YADIM atau Jakim dan bukannya pada pihak swasta yang hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Pelarasan dari segi modul juga amat perlu sama seperti pelarasan yang dibuat pada ibadah haji iaitu pada muzakarah yang diadakan pada setiap tahun. Begitulah juga yang sewajarnya dibuat kepada paramutawwif agar apa sahaja yang keluar dari mulut mutawwif yang menjawab persoalan jemaah itu adalah jawapan yang sahih serta berkualiti. Dengan pelarasan modul ini jugalah boleh dijadikan tiket rasmi bagi semua individu apabila lulus tahap kompetensi yang disyorkan untuk bergelar mutawwif. Sama apa yang diaplikasikan kepada pemandu pelancong iaitu keperluan lessen begitulah yang sewajarnya juga dibuat kepada para mutawwif. Dengan wujudnya pelarasan sekaligus dapat dijadikan pemantauan secara rasmi oleh badan kerajaan. Dan juga dari situlah dapat diwujudkan system bagi mutawwif untuk memperbaharui lessen setiap dua tahun sekali contohnya. Dengan pelaksanaan seperti ini pasti akan menjadikan industry umrah dan profession mutawwif ini bertambah baik seiring peredaran zaman. PENUTUP Pelaksanaan ibadah haji dan umrah adalah seruan dari Allah secara langsung terus kepada hambaNya. Tidak mengira pangkat,usia,jantina mahupun miskin kaya. Justeru pelaksanaannya yang amat sempurna didambakan oleh semua insan dan dengan bantuan mutawwif serta petugas disamping jemaah. Keikhlasan para mutawwif dan petugas bersama melayani para tetamu Allah sangat besar ganjarannya disisi Allah. Namun, kepincangan yang wujud perlulah diambil perhatian dan tindakan sewajarnya agar tiada indidvidu menjadi mangsa keadaan buat kesekian kalinya. Pengurusan ibadah umrah juga digesa agar diletak dibawah pengurusan pihak berkuasa agama yang memahami kehendak ibadah dan bukan nya semata-mata dibawah kuasa badan pelancongan. Antara entiti kerajaan yang boleh ambil cakna mengenai hal ini adalah YADIM, JAKIM dan Tabung Haji. Penambahbaikan perlu dilakukan dengan kadar sesegera mungkin kerana urusan ibadat umrah tidak wajar diletak dibawah MOTAC yang hanya berperanan untuk memberi lessen kepada syarikat berkenaan pengendali lawatan ke luar negara dan tidak sama sekali menyentuh mengenai pengurusan ibadah umrah itu mahupun mutawwif. Ini bertepatan dengan firmanNYA:- اِ ن ۞ � ﱣَ ِ اا كَانَ سَمِيْع � ﱣَ ِ اِ ن وَاِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ الناسِ اَنْ تَحْكُمُوْا بِالْعَدْل يَأْمُرُكُمْ اَنْ تُؤَدوا الاََْمَنتِ اَِلٰى اَهْلِهَا � ﱣَ اِ ن نِعِ ما يَعِظُكُمْ بِه � بَصِيْر Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada pemiliknya. Apabila kamu menetapkan hukum di antara manusia, hendaklah kamu tetapkan secara adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang paling baik kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat . xii
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=