E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 146 menunaikan umrah yang pertama pada tahun ke-6 hijrah manakala ibadah haji yang dikenali dengan haji wada’ pula pada tahun ke-10 hijra h. ii S epertimana yang terdapat dalam Al-Quran Kareem:- Maksudnya: “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. ” iii Umrah secara zahirnya adalah perlakuan ibadah yang mengunjungi Baitullah dalam keadaan ihram bagi mengerjakan tawaf diikuti sa’i, tahalul dan tertib. Ia boleh dilaksanakan pada bila -bila masa tanpa waktu khusus . iv Ulama Syafi’e, menetapkan umrah boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang hayat seorang muslim. Ia bukan dosa bagi seseorang menangguhkan kewajipan umrah walaupun orang tersebut mampu memenuhi semua syarat yang disyaratkan. Namun begitu, sekiranya seseorang itu menyegerakan menunaikan umrah, ia akan melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang yang bertanggungjawab dan Muslim yang taa t. v PERNYATAAN MASALAH Kekangan yang wujud dalam permasalahan profession mutawwif adalah akibat dari ketiadaan enakmen atau pindaan akta yang berkaitan dari sudut undang-undang dalam menangani masalah yang melibatkan perundangan. Selain dari itu, sehingga sekarang masih belum ada satu badan berautoriti khas yang menjaga hal ehwal mutawwif dari pelbagai sudut. Badan ini amat penting dan ibarat naungan bagi golongan mutawwif untuk mendepani apa sahaja situasi yang berlaku semasa di lapangan. Antara permasalahan yang dihadapi secara langsung di lapangan adalah apabila jemaah mendapati servis yang dapat di tanah suci tidak sama seperti apa yang ada didalam brosur semasa diiklankan. Perkara ini sangat sensitif terutama melibatkan hotel penginapan kerana sesetengah jemaah membayar dengan kadar tinggi bagi mendapatkan fasiliti penginapan yang dekat tapi malangnya apa yang berlaku sebaliknya. Pada situasi inilah mutawwif berhempas pulas menenangkan jemaah dan ada kalanya terpaksa mengeluarkan sumber kewangan sendiri bagi menyelesaikan masalah. Manifestasi kepada Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 263 : Terjemahan : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil upah bekerja ialah kuat lagi amanah (berketerampilan). ” vi Daripada hadis oleh Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: Terjemahan : “Sesungguhnya Allah ‘Azza Wa Jal kasih apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu kompetensi hendaklah buat secara tekun. ” vii Selain itu, masalah perbezaan hukum antara mutawwif amat ketara walaupun dalam situasi yang sama. Ini sedikit sebanyak memeningkan jemaah dalam beribadah. Pelarasan amatlah diperlukan terutama dalam hukum fiqh yang menjadi asbab sah atau batal sesuatu ibadah. Lambakan modul mutawwif yang berbeza mengikut pelbagai aspek berpandukan siapakah yang menganjurnya juga menjadi asbab kecelaruan dari segi pengurusan. Tidak dinafikan modul ini amat penting dan menjadi panduan bagi generasi baru yang menjejakkan kaki dalam profession ini. Dan lebih menyedihkan apabila ada pihak yang mengambil kesempatan dengan memperdagangkan modul terbabit. Masalah mutawwif tangkap muat semakin menajdi-jadi. Permintaan pasaran umrah yang makin rancak menyebabkan permintaan para mutawwif untuk membimbing. Apa yang menjadi kerisauan apabila sesetengah pihak mengambil mudah dengan mengupah pembimbing secara semberono dan pada akhirnya menimbulkan pandangan negatif dari dunia luar apabila timbulnya masalah. Pada sesetengah situasi, mutawwif tidak bekerja secara langsung dengan syarikat travel tersebut tapi menjadi perantara di tanah suci sekaligus perlu bersedia mengahadapi segala masalah dan perlu menjaga nama baik syarikat. Perkara sebegini akan nampak lebih jelas apabila timbulnya masalah dari segi hotel,penerbangan,bagasi,hidangan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=