E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-8 Oktober 2025 145 KAJIAN TERHADAP AGENSI DAN BADAN BERAUTORITI BAGI KERJAYA MUTAWWIF DI MALAYSIA Muhammad Zulkhairi Bin Mohd Zaky , Muhammad Nazir Alias Professional Mutawwif Development International University College Kampus UiTMMelaka Pensyarah Kanan Pusat Kajian Syariah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Mutawwif adalah merujuk kepada seseorang individu yang memberi tunjuk ajar dalam pelaksanaan ibadah umrah. Menurut GASTAT iaitu badan rasmi mewakili kerajaan Arab Saudi dalam mengumpul dan menganalisis data seramai 15 juta jemaah telah menunaikan umrah pada suku pertama tahun 2025. Pada data ini menunjukkan akan kepentingan mutawwif dalam urusan pelaksanaan ibadah umrah. Namun kajian berkenaan agensi dan badan berautoriti bagi mewakili mutawwif ini masih kurang dan tidak meluas memandangkan tidak wujud secara jelas perihal tersebut dalam literasi perundangan. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti dan mewujudkan secara rasmi pihak yang berautoriti dalam perihal mutawwif dari pelbagai sudut seperti perundangan, hak-hak pekerjaan dan sebagainya. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dimana prosedur penyelidikan yang menghasilkan data yang boleh diamati. Prosedur ini melibatkan kajian kes, pengamatan dalam kesatuan sistem serta kejadian-kejadian yang berkait pada waktu dan tempat yang spesifik. Hasil penemuan ini kemudian akan dijadikan sebagai satu petunjuk aras bagi badan berautoriti serta agensi dalam menjadi tulang belakang kepada kerjaya seorang mutawwif. Katakunci: Mutawwif, Umrah Haji, Agensi Badan Berautoriti, Tabung Haji, Hak-Hak Mutawwif PENDAHULUAN Profession mutawwif semakin menjadi pilihan anak muda generasi kini. Kaedah pelaksanaan di lapangan merupakan tugas yang menarik dan mencabar digemari oleh individu yang sukakan cabaran. Penambahan bilangan jemaah umrah saban tahun juga menjadikan kerjaya ini semakin pesat berkembang. Namun, disebalik kebolehpasaran kerjaya ini terdapat satu kepincangan yang masih belum dapat diselesaikan sehingga hari ini. Jika sesuatu terjadi terhadap mutawwif semasa berada di lapangan adakah wujud suatu klausa khas yang boleh membela mereka? Dalam konteks pemahaman kita di Malaysia seorang mutawwif adalah individu yang akan mengiringi jemaah bermulanya dari lapangan terbang tanah air sehinggalah kembali semula ke tanah air. Tradisi memuliakan tetamu dua tanah suci ini telah sekian lama diamalkan dan ini bertepatan dengan kalam suci : Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim. i Bahkan junjungan agung Muhammad SAW dalam lipatan sirah nabawiyah merupakan perintis kepada mutawwif dan tunjuk ajar dalam melaksanakan ibadah haji dan umrah. Ini dibuktikan dengan Nabi Muhammad SAW yang
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=