E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 142 (Surah al-Anfal, 8:46) Ayat ini memberi peringatan bahawa birokrasi yang berpanjangan boleh melemahkan organisasi dan mengurangkan keberkesanan operasi. Oleh itu, strategi diplomasi perlu diperkukuh melalui rundingan awal, komunikasi dua hala yang proaktif, dan kerjasama berterusan dengan kerajaan Arab Saudi. Kajian Rahman dan Sabri (2021) menekankan bahawa integrasi antara pengurusan moden dan spiritualiti Islam dapat memperkukuh daya tahan organisasi. Dalam konteks ini, Tabung Haji bukan sahaja perlu mengukuhkan peranan sebagai agensi domestik, tetapi juga sebagai duta diplomatik yang mampu mengurus hubungan antarabangsa. INTEGRASI TIGA DIMENSI Model Cabaran Haji yang diperoleh daripada dapatan kajian ini menampilkan tiga cabaran utama dalam pengurusan haji, iaitu kerenah jemaah, birokrasi antarabangsa, dan jurang teknologi. Ketiga-tiganya saling berhubung dan tidak dapat ditangani secara terpisah, sebaliknya memerlukan strategi intervensi yang bersifat bersepadu. Hasil analisis turut merumuskan tiga pendekatan utama yang boleh dijadikan asas model pengurusan haji berkesan. Pertama, pendekatan tasawuf menekankan pembinaan kekuatan rohani dalam kalangan petugas, melalui penghayatan nilai sabar, ikhlas, dan tawakkal. Aspek kerohanian ini penting bagi memastikan petugas mampu mengurus kerenah jemaah dengan penuh hikmah, tanpa rasa jemu, sekaligus menzahirkan nilai ihsan dalam tugasan mereka. Kedua, pendekatan pendidikan berperanan meningkatkan kefahaman jemaah melalui kursus manasik berulang, latihan literasi digital, serta modul simulasi yang membolehkan mereka bersedia menghadapi pelbagai situasi sebenar di Tanah Suci. Pendekatan ini bukan sahaja membantu mengurangkan kekeliruan semasa operasi, tetapi juga meningkatkan tahap disiplin dan keyakinan diri jemaah. Ketiga, pendekatan teknologi dan jaringan antarabangsa dilihat sebagai pemangkin kepada keberkesanan pengurusan haji masa kini. Penggunaan teknologi digital dapat mempercepatkan proses operasi, mengurangkan birokrasi yang kompleks, serta meningkatkan kelancaran komunikasi antara jemaah dan petugas. Dalam masa yang sama, jaringan diplomasi Malaysia – Arab Saudi perlu diperkukuh agar kerjasama lebih efisien dapat diwujudkan dalam aspek pengurusan visa, kuota, dan polisi antarabangsa. Gabungan ketiga-tiga pendekatan ini membuktikan bahawa model ini bukan sahaja berfungsi sebagai analisis dapatan, tetapi juga sebagai rangka strategi menyeluruh bagi memperkukuh pengurusan haji masa depan. Integrasi ini melahirkan model pengurusan haji yang lebih mesra jemaah, berdaya tahan, dan inklusif , sesuai dengan maqasid syariah yang menekankan keselesaan, keselamatan, dan kesejahteraan umat Islam. PENUTUP Kajian ini merumuskan bahawa cabaran pengurusan haji merupakan suatu realiti yang tidak dapat dielakkan kerana sifat ibadah haji itu sendiri sangat kompleks, melibatkan jutaan manusia daripada pelbagai latar belakang budaya, umur, kesihatan, literasi agama, dan tahap ekonomi. Kompleksiti ini melahirkan mehnah (ujian) dan kerenah (tingkah laku mencabar) yang menuntut kesabaran tinggi daripada jemaah, petugas, dan pihak pengurusan. Dapatan analisis tematik menggunakan perisian NVivo telah menggariskan tiga cabaran utama yang dihadapi dalam pengurusan haji. Pertama, kerenah jemaah , terutamanya dalam kalangan warga emas yang mempunyai tahap literasi agama dan teknologi yang rendah. Mereka sering mengulangi soalan yang sama serta mengalami kelewatan akibat masalah disiplin, yang akhirnya memberi kesan terhadap kelancaran perjalanan rombongan. Kedua, birokrasi antarabangsa yang melibatkan isu visa, penetapan kuota jemaah, serta perubahan polisi Arab Saudi yang kerap berlaku pada saat akhir. Faktor ini menuntut Tabung Haji untuk sentiasa bersedia
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=