E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 143 menyesuaikan perancangan dengan dasar luar yang dinamik. Ketiga, jurang teknologi dan komunikasi , khususnya dalam penggunaan aplikasi digital seperti TH Tijari , yang sukar dikuasai oleh jemaah warga emas dan menyebabkan mereka lebih bergantung kepada bantuan manual daripada petugas. Kesemua cabaran ini saling berkait dan perlu ditangani melalui pendekatan yang menyeluruh agar pengurusan haji dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan sistematik. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa semua cabaran boleh ditangani melalui integrasi tiga dimensi utama iaitu: Dapatan kajian ini turut menekankan kepentingan dimensi tasawuf sebagai asas spiritual yang membimbing petugas dan jemaah dalam menghadapi pelbagai cabaran operasi haji. Nilai sabar, tawakkal, dan ikhlas bukan sahaja menjadi pegangan rohani, malah menjadi prinsip praktikal dalam mengawal emosi, mengekalkan empati, serta memastikan profesionalisme ketika berhadapan tekanan kerja di lapangan. Nilai tasawuf ini membentuk daya tahan spiritual yang penting agar petugas dapat terus berkhidmat dengan tenang walaupun berada dalam situasi yang penuh cabaran. Selain itu, dapatan juga menegaskan kepentingan pendidikan berterusan dalam kalangan jemaah haji. Kursus manasik yang dijalankan secara berulang, latihan praktikal, simulasi perjalanan, serta penguasaan literasi digital asas dapat membantu jemaah lebih bersedia sebelum berangkat ke Tanah Suci. Persediaan berstruktur ini terbukti dapat mengurangkan kerenah yang sering membebankan petugas. Seterusnya, dimensi teknologi dan jaringan antarabangsa turut menjadi elemen penting dalam model pengurusan haji moden. Pemerkasaan aplikasi digital, standardisasi komunikasi antara petugas, serta rundingan diplomatik berterusan dengan kerajaan Arab Saudi menjadi faktor kritikal bagi memastikan kelancaran operasi. Kajian Salleh dan Ismail (2021) membuktikan bahawa digitalisasi pengurusan haji bukan sahaja mempercepatkan proses, malah meningkatkan kepuasan jemaah terhadap perkhidmatan yang diberikan. Hal ini menunjukkan bahawa teknologi perlu dilihat sebagai alat strategik, bukan sekadar sokongan teknikal, dalam memperkukuh keberkesanan pengurusan haji. Oleh itu, pengurusan haji moden perlu mengambil pendekatan holistik yang menggabungkan aspek rohani (tasawuf) , praktikal (pendidikan) , dan inovatif (teknologi) agar cabaran dapat ditangani dengan seimbang dan berkesan. Pendekatan ini selaras dengan hadis Nabi SAW: ِرُ عَلَى أَذَاهُمْ اَ يَصْب اَ يُخَالِطُ الناسَ وَل ِرُ عَلَى أَذَاهُمْ أَعْظَمُ أَجْ ارا مِنَ الْمُؤْمِنِ الذِي ل الْمُؤْمِنُ الذِي يُخَالِطُ الناسَ وَيَصْب “Seorang mukmin yang bergaul dengan manusia dan sabar atas gangguan mereka lebih baik daripada orang yang tidak bergaul dan tidak sabar atas gangguan mereka.” (Riwayat Ibn Majah, no. 4032) Hadis ini menggariskan bahawa keberhasilan pengurusan haji bukan sekadar bersifat teknikal, tetapi juga menuntut kesabaran, kebijaksanaan, dan kerjasama antara semua pihak. Kesimpulannya, d engan integrasi nilai tasawuf, strategi pendidikan, serta teknologi moden, agensi haji dapat membina model pengurusan yang berdaya tahan, inklusif, mesra jemaah , dan selaras dengan maqasid syariah. Implikasi kajian ini diharap dapat menyumbang kepada penambahbaikan sistem pengurusan haji Malaysia , serta menjadi rujukan bagi negara lain yang mengurus ibadah haji berskala besar. PENGHARGAAN Setinggi-tinggi penghargaan kepada Lembaga Tabung Haji Malaysia yang telah menaja pembentangan kertas kerja ini serta menyediakan kemudahan penginapan sepanjang penyertaan dalam Seminar Serantau Manasik Haji bersempena Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan 2025. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang telah bekerjasama dengan Tabung Haji sebagai penganjur Persidangan Serantau Manasik Haji dan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan ini. Sokongan dan kerjasama semua pihak amat dihargai dalam menjayakan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=