E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 141 PENDIDIKAN BERULANG DAN KURSUS MANASIK Isu kerenah jemaah yang dikesan dalam dapatan, seperti jemaah warga emas yang berulang kali bertanya soalan, membuktikan perlunya pendekatan pendidikan berulang . Pendidikan berulang bukan sekadar mengulangi taklimat, tetapi melibatkan penggunaan bahasa mudah, demonstrasi praktikal, simulasi perjalanan, serta bahan visual mesra warga emas. Ahmad dan Mokhtar (2019) menegaskan bahawa kursus manasik yang sistematik meningkatkan disiplin masa jemaah dan mengurangkan kesilapan semasa pelaksanaan ibadah. Firman Allah SWT menegaskan bahawa ilmu menjadi asas kekuatan umat Islam: ِنمَا يَتَذَكرُ أُولُو الْلَْْبَابِ إ ِ َ اَ يَعْلَمُون قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الذِينَ يَعْلَمُونَ وَالذِينَ ل “Katakanlah: Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang yang berakal sahajalah yang dapat mengambil pelajaran.” (Surah al-Zumar, 39:9) Dalam konteks ini, jemaah yang berilmu lebih bersedia menghadapi cabaran logistik haji. Maka, Tabung Haji disaran untuk memperkenalkan modul ‘ refresher manasik’ menjelang keberangkatan, khususnya berbentuk ‘ hands- on’ dan simulasi perjalanan. TEKNOLOGI DIGITAL: JURANG LITERASI DAN POTENSI Dapatan menunjukkan jurang teknologi masih ketara, khususnya dalam kalangan warga emas yang tidak mahir menggunakan aplikasi THijari. Hal ini selari dengan dapatan Salleh dan Ismail (2021) bahawa digitalisasi pengurusan haji mempercepatkan perkhidmatan, tetapi tahap literasi digital jemaah menjadi faktor penentu keberkesanan. Hadis Nabi SAW menyatakan: ُ ِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَ الا أَنْ يُتْقِنَه ِن اللَ يُحِب إ إ “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan penuh ihsan.” (Riwayat al-Baihaqi, no. 5319) Aplikasi digital boleh dianggap sebagai alat untuk mencapai ihsan dalam pengurusan, iaitu memperkemas penyampaian maklumat, mempercepat proses visa, dan mengurangkan kesilapan manual. Namun, agar teknologi benar-benar bermanfaat, kursus literasi digital asas perlu diwajibkan sebagai sebahagian daripada kursus persediaan haji. Kajian Khan (2022) di Arab Saudi mendapati bahawa penggunaan teknologi pintar (seperti aplikasi navigasi, kad elektronik, dan e-visa) mengurangkan tekanan logistik dan meningkatkan kepuasan jemaah. Malaysia boleh mengambil inspirasi daripada inisiatif ini untuk melengkapkan jemaah dengan kemahiran digital sebelum berangkat. JARINGAN ANTARABANGSA DAN BIROKRASI Birokrasi antarabangsa merupakan antara isu paling kritikal. Dapatan menunjukkan kelewatan visa, perubahan kuota, dan syarat kesihatan baharu sering menjejaskan jadual operasi haji. Mohd Ali (2020) mendapati bahawa kelewatan birokrasi menjadi faktor utama gangguan operasi haji Malaysia. Firman Allah SWT: “Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan yang menyebabkan kamu menjadi lemah dan hilang kekuatanmu.”

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=