E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 140 Rajah 1. Model Cabaran Pengurusan Haji Hasil analisis NVivo merumuskan tiga cabaran utama dalam pengurusan haji. Pertama, kerenah jemaah , khususnya warga emas dan mereka yang berliterasi rendah, sering mengulangi soalan yang sama serta gagal mematuhi jadual, sehingga menjejaskan kelancaran operasi. Kedua, birokrasi antarabangsa berkaitan kelewatan visa dan perubahan polisi Arab Saudi yang memerlukan jaringan diplomatik lebih dinamik antara Tabung Haji dan pihak berkuasa Saudi. Ketiga, jurang teknologi dan komunikasi , apabila ramai jemaah warga emas tidak mahir menggunakan aplikasi THijari dan arahan tidak seragam antara petugas, menyebabkan kekeliruan dan menambah beban komunikasi. Implikasi model ini menunjukkan cabaran tersebut saling berkait; kelewatan akibat masalah disiplin dan literasi boleh memburukkan kesan birokrasi, manakala kegagalan menguasai teknologi meningkatkan tekanan komunikasi. Justeru, model ini mencadangkan intervensi bersepadu meliputi pendidikan berterusan (kursus manasik mesra warga emas), strategi diplomasi antarabangsa yang proaktif, dan latihan literasi digital asas untuk semua jemaah. Firman Allah SWT: ِهِ عَدُو اللِ وَعَدُوكُمْ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ ب وَأَعِدوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوة “Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi…” (Surah al-Anfal, 8:60) Ayat ini menekankan kepentingan membina kekuatan melalui ilmu, sabar, perancangan strategik, dan teknologi bagi menangani cabaran pengurusan haji. PERBINCANGAN Bahagian ini membincangkan dapatan kajian yang diperoleh melalui temu bual, pemerhatian lapangan, dan analisis dokumen rasmi, dengan merujuk kepada Model NVivo (Rajah 1). Tiga tema utama dikenal pasti: kerenah jemaah , birokrasi antarabangsa , dan jurang teknologi & komunikasi . Dapatan ini dibincangkan dalam kerangka tasawuf, pendidikan berulang, teknologi digital, dan jaringan antarabangsa , selaras dengan ayat al-Quran, hadis, serta kajian akademik. Nilai Tasawuf: Sabar, Tawakkal, dan Ikhlas Hasil kajian menegaskan bahawa cabaran pengurusan haji tidak dapat dielakkan, sama ada daripada kerenah jemaah, birokrasi visa, atau kelemahan teknologi. Namun, asas pengurusan haji mestilah diperkukuh dengan nilai tasawuf , khususnya maqam sabar, tawakkal, dan ikhlas . Firman Allah SWT: يَا الذِينَ أَيهَا آمَنُوا اسْتَعِينُوا ِالصبْرِ ب وَالصلًَةِ ِۚ ِن مَعَ اللَ إ ِرِينَ الصاب “Wahai orang -orang yang beriman, mintalah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah bersama orang- orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, 2:153) Ayat ini menjadi prinsip asas bahawa sabar bukan sekadar ketahanan emosi, tetapi merupakan mekanisme spiritual yang memberi ketenangan dalam menghadapi tekanan. Al-Ghazali (2005) dalam Ihya’ Ulum al - Din menjelaskan bahawa sabar adalah pintu masuk kepada maqam lain seperti redha dan tawakkal. Dalam konteks ini, petugas haji perlu menzahirkan sabar bukan sahaja ketika melayani kerenah jemaah warga emas, tetapi juga dalam menghadapi perubahan polisi antarabangsa. Kajian Hasanah dan Yusuf (2022) menunjukkan bahawa petugas haji yang mengamalkan nilai tasawuf lebih berupaya mengawal stres, meningkatkan empati, serta mengekalkan profesionalisme. Ini bermakna nilai sabar dan ikhlas boleh dijadikan asas kepada model latihan petugas haji pada masa hadapan.

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=