E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)
MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 139 taklimat dan kursus diberikan secara berulang dengan kaedah yang sederhana dan praktikal. Kajian Ahmad dan Mokhtar (2019) turut mendapati bahawa pengulangan kursus latihan haji memberi kesan positif terhadap peningkatan kefahaman serta disiplin masa jemaah, sekali gus mengurangkan potensi masalah ketika berada di Tanah Suci. Kedua, dari sudut birokrasi, kajian ini menunjukkan perlunya strategi diplomasi yang lebih proaktif dalam menangani isu visa, kuota, dan peraturan antarabangsa yang sering berubah. Mohd Ali (2020) menegaskan bahawa kelewatan pengeluaran visa merupakan faktor utama yang menjejaskan kelancaran operasi haji, kerana ia memaksa agensi pengurusan melakukan penyesuaian jadual pada saat akhir. Justeru, diplomasi strategik dengan pihak berkuasa Arab Saudi serta hubungan erat dengan agensi antarabangsa perlu ditingkatkan bagi memastikan isu birokrasi dapat diminimumkan. Ketiga, dari sudut jurang teknologi, dapatan menunjukkan perlunya latihan literasi digital asas diberikan kepada semua jemaah, khususnya warga emas yang masih kurang mahir menggunakan aplikasi digital. Salleh dan Ismail (2021) mencadangkan agar modul latihan penggunaan aplikasi seperti TH Tijari diwajibkan sebelum keberangkatan ke Tanah Suci, bagi memastikan jemaah lebih bersedia dan mampu menguruskan maklumat peribadi serta arahan perjalanan secara kendiri. Langkah ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah mengurangkan kebergantungan jemaah terhadap bantuan manual di lapangan. Kesemua dapatan ini selari dengan hadis Rasulullah SAW yang menekankan prinsip ihsan dalam pekerjaan: ُ ِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَ الا أَنْ يُتْقِنَه ِن اللَ يُحِب إ إ “Sesungguhnya Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan penuh ihsan (cemerlang).” (Riwayat al-Baihaqi, no. 5319) Hadis ini memberikan panduan bahawa pengurusan haji perlu dilaksanakan dengan penuh kesungguhan, kecekapan, dan komitmen agar memberi manfaat terbaik kepada jemaah serta memastikan kelancaran ibadah mereka. MODEL CABARAN PENGURUSAN HAJI Berdasarkan analisis tematik menggunakan perisian NVivo 12, tiga tema utama telah dikenal pasti iaitu Kerenah Jemaah, Birokrasi Antarabangsa, dan Jurang Teknologi & Komunikasi. Setiap tema mempunyai sub-tema yang saling berhubung dan memberi kesan terhadap keberkesanan pengurusan haji. 1. Warga emas & literasi rendah KERENAH JEMAAH 2. Disiplin & masa BIROKRASI ANTARABANGSA 1. Visa & dokumen 2. Perubahan polisi & kerjasama agensi asing 1. Literasi digital rendah TEKNOLOGI & 2. Arahan komunikasi tidak seragam JURANG KOMUNIKASI
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=