E-Prosiding Persidangan Serantau Manasik Haji 2025 (MANASIK2025)

MANASIK2025 Putrajaya, 7-9 Oktober 2025 138 Pemerhatian Lapangan Hasil pemerhatian penyelidik semasa operasi haji mendapati bahawa antara isu yang ketara ialah kelewatan perjalanan bas yang berpunca daripada jemaah yang tidak mematuhi jadual berkumpul. Kelewatan segelintir jemaah memberi kesan rantaian kepada keseluruhan rombongan, kerana perjalanan ribuan jemaah lain terpaksa ditangguhkan. Situasi ini menuntut pihak petugas untuk lebih tegas dalam mengawal masa, di samping menyediakan pendekatan motivasi agar jemaah lebih disiplin dalam mengikuti jadual perjalanan. Selain itu, pemerhatian juga mendapati wujud kekeliruan komunikasi apabila arahan yang diberikan oleh petugas berbeza tidak konsisten antara satu sama lain. Hal ini menyebabkan sesetengah jemaah keliru dan mengambil tindakan yang tidak tepat, sekali gus menjejaskan kelancaran operasi. Kekeliruan ini membuktikan bahawa komunikasi yang tidak seragam berpotensi melemahkan sistem pengurusan, maka penyelarasan maklumat dan standardisasi arahan sangat diperlukan. Dapatan lain menunjukkan bahawa jurang digital masih menjadi cabaran utama dalam kalangan jemaah, khususnya warga emas yang menghadapi kesukaran menggunakan aplikasi THijari . Kebanyakan mereka lebih selesa bertanya secara manual kepada petugas berbanding menggunakan teknologi, yang menyebabkan masa lebih banyak dihabiskan untuk mengurus pertanyaan berulang. Jurang literasi digital ini memperkukuh keperluan kursus literasi asas sebelum keberangkatan, agar semua jemaah mampu mengakses maklumat dengan lebih mudah. Selain itu, birokrasi lapangan turut diperhatikan apabila terdapat kelewatan dalam pelepasan visa yang akhirnya menyebabkan perubahan jadual penerbangan. Faktor ini menuntut kecekapan pengurusan dan keupayaan agensi untuk menyesuaikan jadual dalam masa singkat tanpa menjejaskan keseluruhan operasi haji. Justeru, petugas perlu sentiasa bersedia dengan pelan kontingensi agar kelewatan tidak menjejaskan kelancaran pergerakan jemaah. Pemerhatian ini menegaskan bahawa petugas haji perlu bersifat proaktif, berdisiplin, dan sentiasa membantu jemaah tanpa rasa jemu, selaras dengan sabda Rasulullah SAW: الناسِ خَيْرُ أَنْفَعُهُمْ لِلناسِ “Sebaik -baik manusia ialah yang paling bermanfaat kepada orang lain.” (Riwayat al- Ṭabarānī, no. 5786) Analisis Dokumen Analisis terhadap laporan operasi Tabung Haji dan prosedur operasi standard (SOP) rasmi mendapati bahawa sistem pengurusan telah disusun dengan baik, namun pelaksanaannya sering dipengaruhi oleh faktor luar seperti perubahan dasar dan polisi kerajaan Arab Saudi. Laporan tahunan Tabung Haji bagi tahun 2019 hingga 2023 turut menekankan kepentingan digitalisasi dalam meningkatkan keberkesanan operasi, namun usaha tersebut masih berhadapan dengan halangan yang ketara, khususnya jurang teknologi dalam kalangan jemaah warga emas. Selain itu, SOP pengurusan kecemasan telah dirangka dengan lengkap, namun keberkesanannya sangat bergantung pada tahap latihan, kesediaan, dan kecekapan petugas dalam melaksanakan prosedur yang ditetapkan. Dapatan ini selari dengan kajian Salleh dan Ismail (2021) yang mengesahkan bahawa kejayaan digitalisasi dalam pengurusan haji amat bergantung pada tahap literasi digital jemaah, kerana faktor ini menentukan sejauh mana teknologi dapat dimanfaatkan secara optimum dalam konteks ibadah haji. Implikasi Dapatan Dapatan kajian ini membawa beberapa implikasi penting terhadap pengurusan haji di Malaysia. Pertama, dari sudut kerenah jemaah, hasil kajian menegaskan keperluan modul pendidikan berulang yang direka bentuk dengan pendekatan mesra warga emas. Hal ini kerana jemaah warga emas lebih mudah memahami apabila

RkJQdWJsaXNoZXIy NzMyMDE=